awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venus Williams, Andrea Preti rai perkahwinan dengan sambutan kedua
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sikap sambil lewa ibu bapa antara punca masalah sosial - Tengku Adnan

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
01/10/2017
05:19 MYT
Sikap sambil lewa ibu bapa antara punca masalah sosial - Tengku Adnan
TENGKU ADNAN: Ibu bapa perlu ambil tahu dan awasi anak-anak supaya mereka tidak melibatkan diri dalam perkara-perkara yang negatif.
Sikap sambil lewa ibu bapa dalam mendidik anak-anak dilihat antara punca masalah sosial berleluasa.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ibu bapa tidak boleh hanya memberikan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru di sekolah.
"Ibu bapa perlu ambil tahu dan awasi anak-anak supaya mereka tidak melibatkan diri dalam perkara-perkara yang negatif," kata Tengku Adnan.
Tambah beliau, kerajaan juga sedang dalam proses mengenal pasti punca-punca lain yang membawa kepada masalah sosial.
"Bayangkan, statistik dari Kementerian Dalam Negeri tunjuk, penagih dadah termuda dalam negara berumur tujuh tahun.
"Bagaimana dia boleh terdedah dengan dadah pada usia sebegitu muda?" tanya beliau.
Selain itu, kata Tengku Adnan, beliau telah mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk turut mengkaji punca masalah sosial berleluasa.
"Mereka akan kongsi rangka kerja kepada pihak saya dalam masa dua minggu lagi," katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Karnival Mesra Komuniti kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) di Putrajaya pada Ahad.
Topic Berkaitan
#Dadah
#gejala negatif
#guru
#ibu bapa
#keluarga
#masalah sosial
#sekolah
#Tengku Adnan Tengku Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan