awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siling wad Hospital Tengku Ampuan Afzan runtuh, waris pesakit cedera ringan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
19/06/2017
13:27 MYT
Siling wad Hospital Tengku Ampuan Afzan runtuh, waris pesakit cedera ringan
Menurut sumber yang merupakan kakitangan hospital berkenaan, kejadian tersebut berlaku di wad 6C hospital berkenaan lewat petang tadi. - Foto Fail
Seorang waris pesakit di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini mengalami cedera ringan apabila beberapa keping siling di dalam sebuah wad di hospital tersebut runtuh.
Menurut sumber yang merupakan kakitangan hospital berkenaan, kejadian tersebut berlaku di wad 6C hospital berkenaan lewat petang tadi.
"Ya betul ada siling wad runtuh. Tapi siling tu bahagian laluan pejalan kaki dekat tengah wad.
"Bukan atas pesakit. Sorang waris terkena siling tersebut tapi tiada kecederaan serius. Pesakit-pesakit yang ada dalam wad semua tidak terjejas," kata sumber.
Sumber berkata demikian susulan satu status pembaca Astro AWANI yang berkongsi kejadian berkenaan menerusi akaun Facebook miliknya.
Sumber berkata demikian susulan satu status pembaca Astro AWANI yang berkongsi kejadian berkenaan menerusi akaun Facebook miliknya.  - Pembaca Astro AWANI
Sumber berkata demikian susulan satu status pembaca Astro AWANI yang berkongsi kejadian berkenaan menerusi akaun Facebook miliknya. - Pembaca Astro AWANI
Bagaimanapun, Pusat Gerakan Operasi Bomba Pahang dan Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut.
Usaha Astro AWANI untuk mendapatkan pengesahan daripada pengurusan HTAA berhubung kejadian tersebut gagal.
Topic Berkaitan
#Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen
#Hospital Tengku Ampuan Afzan HTAA
#kakitangan hospital
#Pusat Gerakan Operasi Bomba
#wad 6C
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan