awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Simon Cowell suka suara Cakra Khan, tapi hentikan nyanyiannya di AGT

Gempak
Gempak
20/07/2023
04:58 MYT
Simon Cowell suka suara Cakra Khan, tapi hentikan nyanyiannya di AGT
Simon (kiri), juri yang terkenal dengan sikap cerewetnya itu meminta Cakra Khan (kanan) menukar lagu sebelum penyanyi itu memilih lagu No Women No Cry milik Bob Marley. -Gempak
SEPERTI diketahui umum, ada dua peserta dari Indonesia yang menyertai uji bakat program America's Got Talent 2023.
Peserta pertama adalah Putri Ariani, gadis cacat penglihatan yang telah menawan dunia hiburan selepas mendapat Golden Buzzer daripada salah satu juri utama, Simon Cowell.
Pada siaran YouTube program AGT, 19 Julai 2023 pula menyaksikan peserta kedua dari republik tersebut iaitu tak lain tak bukan penyanyi terkenal Cakra Khan.
Menerusi video tersebut, penampilan Cakra Khan pula telah menarik minat Cowell.
Malah Cowell mengaku menyukai suara penyanyi yang terkenal dengan lagu Kekasih Bayangan tersebut.
Namun, Cowell mempunyai cara unik untuk menyampaikan suaranya itu sehingga diprotes penonton.
Hal itu lantaran Cowell menghentikan persembahan Cakra Khan saat dia membawa lagu Make It Rain, milik Foy Vance pada 2009, kemudian diulang rakam oleh Ed Sheeran pada 2014.
Cowell telah mengangkat tangan dan menghentikan nyanyian Cakra Khan.
Dia kemudian berkata: “Sangat suka suaramu, tetapi saya tidak suka lagu itu," katanya seperti dilaporkan Kompas.
Juri yang terkenal dengan sikap cerewetnya itu kemudian meminta Cakra Khan menukar lagu sebelum penyanyi itu memilih lagu No Women No Cry milik Bob Marley.
“Saya besar dengan lagu-lagu Bob Marley. Mendiang ayah saya memutar lagu ini sebelum saya ke sekolah," kata Cakra Khan.
View this post on Instagram
A post shared by CKhan✨ (@cakra.khan)
Ternyata persembahan tersebut disukai oleh empat juri dan penonton.
Cakra Khan ‘memenangkan’ standing ovation sebelum menerima tanda YES sebagai lambang dirinya layak ke babak seterusnya. -Gempak
Topic Berkaitan
#Cakra Khan
#America's Got Talent 2023
#simon cowell
#peserta dari Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan