awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Simpan bangkai harimau belang: Tiga lelaki dihukum penjara tujuh tahun, denda RM250,000

Bernama
Bernama
23/09/2025
13:30 MYT
Simpan bangkai harimau belang: Tiga lelaki dihukum penjara tujuh tahun, denda RM250,000
Tiga lelaki masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM250,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menyimpan bangkai seekor harimau belang betina tanpa permit khas pada 16 Sept lepas. - Gambar Bernama
KOTA TINGGI: Tiga lelaki masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM250,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menyimpan bangkai seekor harimau belang betina tanpa permit khas pada 16 Sept lepas.
Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan menjatuhkan hukuman itu ke atas Md Shaheezam Md Salim, 49, Nazerin Tomiran, 47, dan Mohamad Nazrol Tomiran, 28, selepas mereka mengaku bersalah.
Mereka didakwa menyimpan bangkai haiwan itu di bahagian bonet belakang sebuah kereta Perodua Alza bernombor pendaftaran JRB 4382 pada 6.10 pagi 16 Sept lepas di Stesen Minyak BHPetrol, Lot PTD 6179 Felda Tenggaroh, Mersing.
Spesies itu telah disenaraikan sebagai hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kesepuluh Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 70(1) Akta 716 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun atau denda minimum RM250,000 bagi setiap hidupan liar atau bahagiannya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Perhilitan Fatin Hanum Abdul Hadi manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#Perhilitan
#Harimau belang
#denda maksimum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan