Gara-gara memiliki serta menyimpan gambar bogel isteri rakan, seorang lelaki maut dibelasah dalam kejadian di sebuah rumah di Bandar Baru Sungai Buloh, di sini, Jumaat lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya menerima panggilan Mers999 daripada seorang lelaki tempatan memaklumkan anaknya dipukul oleh beberapa individu hingga tidak sedarkan diri.
Menurutnya, anggota kereta peronda (MPV) dan pihak Hospital Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
"Siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku akibat mangsa berusia 27 tahun ini memiliki gambar bogel isteri suspek dan menyimpannya di dalam telefon bimbit.
"Sebelum kejadian, mangsa telah datang ke tempat kejadian setelah dipanggil oleh isteri kepada suspek ke rumahnya untuk mendapatkan maklumat berkenaan gambar bogel tersebut.
"Sampai di sana, mangsa disyaki telah dipukul dengan menggunakan rotan oleh empat suspek terdiri daripada tiga lelaki serta seorang wanita," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa yang juga rakan kepada suami wanita terbabit dikatakan mengambil gambar bogel ketika wanita itu sedang mandi.
Mangsa ini juga dikatakan mengugut wanita tersebut agar mengikut kehendaknya jika tidak mahu gambar itu disebarkan.
"Siasatan masih dijalankan dan polis telah menahan empat suspek termasuk pasangan suami isteri tersebut pada hari kejadian.
"Kesemua suspek berusia 26 hingga 36 tahun itu kini direman tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Sinar Harian
Tue May 07 2019
Gara-gara memiliki serta menyimpan gambar bogel isteri rakan, seorang lelaki maut dibelasah. -Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Simpan gambar bogel isteri rakan, lelaki mati dibelasah
Siasatan awal mendapati mangsa yang juga rakan kepada suami wanita terbabit dikatakan mengambil gambar bogel ketika wanita itu sedang mandi.