awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Simpan hajat arwah Mohd Afiq, penderma hati berhasrat tubuh yayasan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
12/03/2021
10:20 MYT
Simpan hajat arwah Mohd Afiq, penderma hati berhasrat tubuh yayasan
Foto kenangan berharga dan bersejarah antara Wan Hafizam (kiri) dan Mohd Afiq Ikmal dalam sebuh majlis sambutan ulang tahun kelahiran. - Gambar fail
AYER KEROH: Penderma hati pertama negara, Wan Hafizam Wan Ismail berhasrat menubuhkan sebuah yayasan khusus bagi bayi penghidap penyakit hati kronik atau biliary atresia (BA).
Mengakui masih terkesan dengan pemergian penerima sebahagian organnya itu, Wan Hafizam, 45 tahun yang juga Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia berkata, hasrat itu sudah lama disimpan.
Malah katanya, azam itu turut pernah disuarakan penerima organnya, Allahyarham Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini yang berhasrat mahu membantu mereka yang senasib dengannya.
BACA: Penerima hati negara meninggal dunia
BACA: 'Saya bersyukur dermakan kepada insan yang baik' - Penderma hati pertama negara
Wan Hafizam berkata, sejak pertama kali melakukan pemindahan hati pada 23 tahun lalu, dia sememangnya mudah tersentuh apabila melihat mereka yang menghidap penyakit berkenaan, memandangkan kos rawatannya adalah tinggi.
Apatah lagi apabila melihat kegembiraan ibu bapa menimang cahaya mata yang hanya ‘sementara’ selepas bayi mereka disahkan menghidap penyakit hati kronik dan buntu untuk mencari sumber kewangan.
“Pertama, Afiq minta kita selesaikan surprise box (kotak hadiah buat petugas kesihatan) itu. Dia berhajat untuk itu, kita akan selesaikan.
"Keduanya, kita akan teruskan hajat Afiq membantu anak-anak biliary atresia (BA) yang lain, yang mana menerima nasib yang sama dengannya, kita akan cuba bincang. Kita akan buat sebagai yayasan dan sebagainya.
"Semalam saya dihubungi bapa Afiq, beliau berhajat tulis buku berkenaan Afiq. Mungkin ia akan jadi pedoman buat ibu bapa yang berdepan nasib (memiliki anak seperti) Afiq," ujarnya.
Terdahulu, Wan Hafizam ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Ayer Keroh, pada Jumaat.
Dalam pada itu katanya, dalam masa terdekat ini, dia juga akan menunaikan hajat Mohd Afiq Ikmal untuk memberikan kotak hadiah kepada petugas-petugas kesihatan di Hospital Selayang.
Mohd Afiq Ikmal meninggal dunia pada 2 Mac lalu, selepas 18 hari menjalani rawatan di Hospital Selayang, Selangor akibat komplikasi hati.
Mohd Afiq Ikmal mencatat sejarah negara apabila menjadi penerima hati pertama di Malaysia pada 1999 selepas menerima hati daripada Wan Hafizam.
Wan Hafizam yang tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan Mohd Afiq ikmal membuat keputusan itu atas dasar kemanusiaan, dan mahu membantunya yang mengalami masalah hati bengkak ketika usianya 14 bulan.
Topic Berkaitan
#Wan Hafizam Wan Ismail
#yayasan
#penghidap penyakit hati
#penderma hati
#biliary atresia
#BA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan