awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cederakan wartawan Haresh Deol, penghantar barang didenda RM2,000
Kenaikan gaji SSPA fasa kedua: KSN nasihat penjawat awam berbelanja berhemah
Kes rasuah bekas PTD: 'Sumbangan, tempoh khidmat tidak boleh jadi alasan elak proses undang-undang'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Simpan LPG tanpa permit di rumah terapung, KPDN Perak sita 79 tong gas

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
04/09/2025
00:40 MYT
Simpan LPG tanpa permit di rumah terapung, KPDN Perak sita 79 tong gas
Tong LPG yang disita dalam operasi KPDN Perak pada Rabu. - Foto KPDN Perak
IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 79 tong Gas Petroleum Cecair (LPG) bersubsidi dalam serbuan di sebuah rumah terapung di Tasik Banding, dekat Gerik, semalam.
Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan sekitar jam 1.30 petang itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa dari cawangan Gerik melalui Op Gasak 2025.
Menurutnya, serbuan dilaksanakan hasil maklumat risikan dan pemantauan selama seminggu oleh Penguat Kuasa KPDN Perak ke atas aktiviti penyalahgunaan barang kawalan bersubsidi di lokasi terbabit.
“Hasil serbuan telah berjaya menjumpai 79 tong LPG bersubsidi 12kg yang digunakan tanpa kebenaran bagi tujuan pemanasan air bagi perawatan ikan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, pasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDN telah mengambil tindakan menyita sejumlah 79 tong LPG bersubsidi dan beberapa dokumen berkaitan, dengan nilai sitaan dianggarkan RM7,460.
Menurutnya, pemilik rumah terapung itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974 kerana menyimpan barang kawalan berjadual tanpa permit.
Ujarnya, pembekal LPG terlibat juga akan disiasat kerana disyaki melanggar Peraturan 9(2) (PPKB) 1974 kerana menjual barang kawalan berjadual kepada pihak yang tidak dibenarkan, satu kesalahan di bawah Peraturan 21(1) PPKB 1974.
Topic Berkaitan
#KPDN sita tong gas
#Gerik
#rumah terapung di Tasik Banding
#LPG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan