awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
Jika pemain tiada penaja, lebih baik bersama skuad kebangsaan - Wei Feng
Johor kembali dilanda banjir, enam PPS dibuka di Segamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket along tawar pinjaman baru untuk lunas pinjaman lama, 29 ditahan polis

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
10/04/2021
20:42 MYT
Sindiket along tawar pinjaman baru untuk lunas pinjaman lama, 29 ditahan polis
Datuk Zainuddin berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 21 hingga 54 tahun itu membabitkan empat sindiket yang dikenali sebagai Geng Ah Boy, Ah Son, Alvin dan Ah How. - Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM: Menawarkan pinjaman baru kepada peminjam yang gagal membayar balik pinjaman mereka sebagai kaedah untuk melangsaikan pinjaman terdahulu.
Taktik digunakan sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along bagi membolehkan mereka terus memberi tekanan kepada mangsa-mangsa untuk membuat bayaran balik berlipat kali ganda menerusi faedah yang dikenakan.
Dalam serbuan terbaru, polis berjaya melumpuhkan empat sindiket along yang aktif melakukan ugutan termasuk menyimbah cat di kediaman peminjamnya dalam 12 serbuan berasingan di Pulau Pinang dan Perak, Khamis lalu.
Dalam serbuan itu, 29 suspek termasuk seorang wanita diberkas.
Pengarah Jabatan SIasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 21 hingga 54 tahun itu membabitkan empat sindiket yang dikenali sebagai Geng Ah Boy, Ah Son, Alvin dan Ah How.
"Modus operandi sindiket ini adalah dengan mengiklankan tawaran pinjaman di aplikasi media sosial seperti Facebook, WeChat, WhatsApp yang menyasarkan golongan peniaga, kakitangan kerajaan dan swasta.
"Kadar faedah pinjaman antara 10 dan 15 peratus seminggu," katanya.
Jelasnya, hasil siasatan mendapati kesemua sindiket itu aktif sejak pertengahan tahun 2017.
Dalam serbuan itu, polis merampas 68 buah telefon bimbit, 27 kad mesin teler automatik (ATM), 119 keping cek pelbagai bank, wang tunai RM98,718 serta pelbagai dokumen mengandungi nama dan rekod bayaran peminjam.
Turut dirampas, 10 kenderaan mewah, jam tangan, pelbagai barangan kemas dan sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk menakutkan peminjam.
Secara keseluruhan, Zainuddin berkata, barangan yang dirampas berjumlah RM1.8 juta, selain 52 akaun bank milik empat sindiket berjumlah RM6 juta yang dibekukan.
Topic Berkaitan
#along
#bank
#siasatan
#peniaga
#suspek
#sindiket
#hutang
#ATM
#Zainuddin Yaacob
#serbuan
#JSJK
#Bukit Aman
#pinjaman
#media sosial
#Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan