awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket cuba rentas negeri guna surat palsu, polis rampas dadah RM7.2 juta

Bernama
Bernama
02/06/2021
09:26 MYT
Sindiket cuba rentas negeri guna surat palsu, polis rampas dadah RM7.2 juta
Abdul Majid berkata, semua suspek adalah penganggur dan didapati positif dadah jenis methaphetamine. - Gambar/ Sinar Harian
MELAKA: Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah menggunakan surat kebenaran rentas negeri palsu untuk melepasi sekatan jalan raya, dengan penahanan enam individu dan rampasan kira-kira 142.22 kilogram (kg) dadah bernilai RM7.2 juta, dua hari lepas.
Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata lima suspek lelaki tempatan dan seorang wanita warga Vietnam berusia antara 25 dan 52 tahun itu ditahan selepas polis memeriksa dua kereta di tepi pantai Klebang di sini pada kira-kira pukul 12.15 tengah malam.
Beliau berkata dadah dipercayai syabu seberat 83.08 kg dan dadah dipercayai ekstasi seberat 59.14 kg itu ditemui dalam salah sebuah kereta yang dinaiki suspek, selepas polis membuat serbuan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia.
"Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan aktif dalam pengedaran dadah rentas negara sejak tiga bulan lepas dan menggunakan Melaka sebagai negeri transit sebelum dadah itu diseludup keluar menerusi laluan air.
"Siasatan lanjut masih dilakukan termasuk mengesan dari mana bekalan dadah berkenaan diperoleh dan ke negara mana ia dibawa," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Abdul Majid berkata modus operandi sindiket itu ialah menggunakan surat kebenaran rentas negeri yang disyaki palsu, kerana borang berkenaan tidak mempunyai nombor siri, tiada dalam rekod polis serta menggunakan cop balai polis palsu, selain disertakan dengan surat pengesahan majikan yang juga dipalsukan.
Beliau berkata kesemua suspek adalah penganggur yang didapati positif dadah jenis methaphetamine, dan setiap mereka mempunyai tidak kurang lima rekod jenayah lampau membabitkan dadah serta dua rekod melibatkan kes jenayah.
Katanya semua mereka direman selama tujuh hari dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket pengedaran dadah
#Surat Rentas Negeri
#palsu
#polis
#tumpas
#Melaka
#Klebang
#Abdul Majid Mohd Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan