BUKIT MERTAJAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang menumpaskan sindiket curi motosikal jenis Honda Wave Alpha di sekitar Bukit Mertajam dan Kedah sebelum menjualnya ke negara jiran dengan penahanan dua lelaki minggu lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, kedua-dua suspek berusia 46 tahun dan 41 tahun itu ditahan menerusi Op Lejang Wave Alpha yang digerakkan pada Ogos lalu.
Suspek ditahan di sebuah rumah inap desa (homestay) di Padang Besar, Kedah dan sedang merancang untuk menghantar motosikal curi ke negara jiran.
Katanya, suspek ditahan selepas pihak polis menerima 10 laporan berhubung kejadian kecurian motosikal di stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Bukit Mertajam dan Bukit Tengah di antara Jun hingga Ogos lalu.
Cheng San berkata, siasatan mendapati sindiket terbabit yang aktif sejak Mei lepas menyasarkan motosikal jenis Honda Wave Alpha kerana mendapat permintaan tinggi dari negara jiran.
“Sindiket ini menyasarkan motosikal jenis Honda Wave Alpha di stesen KTM, pasar awam dan hospital.
“Motosikal yang dicuri diseludup ke negara jiran dan dijual dengan harga RM1,000 sebuah,” kata beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, suspek akan menghantar sendiri motosikal curi berkenaan ke negara jiran dengan menggunakan dokumen serta nombor plat motosikal miliknya bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Polis juga, jelasnya, sudah mengenal pasti pembeli yang bertindak sebagai 'orang tengah' yang menjual motosikal curi kepada pembeli lain untuk kegunaan harian termasuk bagi menjalankan kerja-kerja ladang.
Cheng San berkata, dengan tertumpasnya sindiket ini, pihak polis berjaya menyelesaikan sebanyak 87 kes iaitu 30 kes di sekitar Pulau Pinang dan 57 kes di Kedah.
Polis juga, katanya, turut merampas dua buah motosikal Honda Wave Alpha bersama peralatan mencuri dan beberapa dokumen yang digunakan untuk merentasi sempadan negara.
Ujian saringan air kencing ke atas kedua duanya juga negatif dadah.
Kedua- dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau kini direman sehingga 4 Disember ini bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut seksyen 379 A Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dari setahun dan tidak lebih tujuh tahun dan denda.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Dec 01 2022
Tan Cheng San (tengah) menunjukkan antara barangan rampasan daripada suspek sindiket curi motosikal jenis Honda Wave Alpha. - Gambar Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Sindiket curi motosikal jual ke negara jiran tumpas
Dua lelaki dalang di sebalik kegiatan curi motosikal Honda Wave Alpha direman hingga 4 Disember ini.