awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket dadah tumpas, lima diberkas di Singapura termasuk rakyat Malaysia

Bernama
Bernama
27/06/2014
01:09 MYT
Sindiket dadah tumpas, lima diberkas di Singapura termasuk rakyat Malaysia
CNB menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di Singapura, termasuk seorang rakyat Malaysia.
Biro Narkotik Pusat (CNB) menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di Singapura berikutan tertangkapnya lima lelaki termasuk ketua sindiket dan merampas 2.1 kilogram heroin.
Heroin yang dirampas itu dianggarkan bernilai lebih S$220,000 (RM563,200) dan cukup untuk menampung kira-kira 1,000 penagih dadah di Singapura selama seminggu, kata CNB dalam satu kenyataan pada Khamis.
Dalam serbuan sebelum subuh pada Rabu, beberapa kumpulan pegawai CNB dikerah ke beberapa kawasan di Jurong West dan mengekori suspek yang dipercayai ketua sindiket rakyat Singapura berumur 47 tahun, anggota sindiket dan seorang daripada pelanggan mereka, seorang pengedar dadah warga Singapura, 66 tahun.
Kesemua mereka dipercayai sedang menunggu penghantaran baharu dadah yang dibawa masuk ke Singapura menggunakan keldai dadah.
Pegawai CNB yang membuat intipan di sekitar Jurong West Avenue 1 ternampak suspek, dipercayai kurier dadah, lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun, bertemu dengan suspek, dipercayai pengedar dadah warga Singapura.
Selepas suspek dan warga Malaysia itu berpecah, sepasukan pegawai CNB mengekori mereka lalu memberkas suspek rakyat Singapura terbabit di Bukit Batok East Avenue 3 dan merampas 670 gram heroin daripada lelaki itu.
Lelaki warga Malaysia yang sama itu kemudian dilihat bertemu dengan seorang daripada anggota sindiket, lelaki warga Singapura berumur 44 tahun dan apabila kedua-dua mereka berpecah, para pegawai CNB memberkas lelaki warga Malaysia dan merampas 955 gram heroin dan wang tunai berjumlah S$10,000 (RM25,000) yang dijumpai dalam kenderaannya.
Seorang lagi anggota sindiket warga Singapura berumur 32 tahun, dipercayai mahu bertemu dengan lelaki warga Malaysia, juga ditangkap dan wang tunai berjumlah S$7,200 (RM18,400) dirampas daripadanya.
Dalam operasi susulan, sekumpulan pegawai CNB melancarkan serbuan di sebuah unit perumahan milik ketua sindiket berumur 47 tahun itu.
Kesemua kelima lelaki disiasat kerana disyaki menjalankan kegiatan mengedar dadah. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhi hukuman mati.
Topic Berkaitan
#Dadah
#heroin
#rakyat Malaysia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan