awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banyak negara turunkan nasihat perjalanan ke pantai timur Sabah kepada tahap dua - Mohamad
50 hilang selepas bot terbalik di Mediterranean
Pendakwah kongsi keadaan terkini Shamsul Ghau Ghau, sifatkan sebagai seorang yang baik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket eksploitasi pekerja asing tumpas: 40 mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan

Bernama
Bernama
24/10/2025
15:20 MYT
Sindiket eksploitasi pekerja asing tumpas: 40 mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan
Jabatan Imigresen menahan empat individu termasuk dalang utama sindiket itu, yang selama ini beroperasi di sebalik agensi pekerja asing. - Facebook Jabatan Imigresen Malaysia
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen berjaya menyelamatkan 40 wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia, dalam serbuan di beberapa lokasi sekitar Petaling Jaya, dekat sini, semalam.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata dalam operasi itu, pihaknya turut menahan empat individu termasuk dalang utama sindiket berkenaan, yang selama ini beroperasi di sebalik sebuah agensi pekerja asing.
"Suspek yang ditahan terdiri daripada seorang wanita tempatan dan tiga warga Indonesia (satu wanita dan dua lelaki) berumur 28 hingga 50 tahun, manakala mangsa yang diselamatkan berusia 21 hingga 51 tahun dan telah berada di Malaysia antara satu hingga tujuh tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zakaria berkata pihaknya turut menyita 12 pasport Indonesia bukan milik mangsa yang diselamatkan dan dipercayai milik warga asing lain yang pernah diuruskan sindiket terbabit.
Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket disyaki menipu mangsa dengan tawaran pekerjaan termasuk menguruskan pas kerja yang sah, selain menjanjikan gaji yang tinggi.
"Namun sebaik tiba di Malaysia, mangsa ditempatkan di rumah yang disediakan sindiket dengan pergerakan dikawal serta dipegang pasport, dan diarahkan bekerja sebagai pembantu rumah harian atau pekerja pembersihan tanpa Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah selain tidak menerima gaji yang dijanjikan.
"Beberapa mangsa memiliki PLKS atas nama majikan, namun sebenarnya mereka tidak bekerja dengan majikan tersebut," katanya.
Zakaria berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat majikan yang bekerjasama dengan agensi pekerjaan asing, bagi memohon perkhidmatan pembantu rumah sebagai balasan atau untuk mengaut keuntungan.
Beliau berkata kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), manakala mangsa telah diberikan Perintah Perlindungan Interim (IPO) dan ditempatkan di Rumah Perlindungan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jabatan imigresen
#pemerdagangan manusia
#wanita indonesia
#agensi pekerja asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan