JOHOR BAHRU: Satu sindiket pusat perjudian dalam talian yang beroperasi 24 jam tumpas dengan penahanan lima lelaki warga Indonesia.
Kesemua yang berumur di antara 21 dan 29 tahun ditahan dalam sebuan di sebuah rumah di Taman Ungku Tun Aminah di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lima suspek yang ditahan berperanan sebagai operator tambah nilai kredit dan pengeluaran kredit judi dalam talian.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati premis gated and guarded itu dijadikan sebagai pusat judi dalam talian atau call centre yang menawarkan perjudian melalui tiga sesawang iaitu www.gin557.com, www.gingin8.com dan www.gin551.com.
"Sindiket ini mensasarkan pelanggan tempatan sebagai pelanggan mereka dengan nilai kutipan harian antara RM3,000 hingga RM10,000. Premis ini telah beroperasi sejak Mac lalu.
"Suspek dberperanan sebagai operator tambah nilai kredit dan pengeluaran kredit judi atas talian. Segala transaksi adalah melalui perbankan dalam talian online dari beberapa akaun yang telah dikenal pasti, di mana semua akaun bank adalah akaun bank Malaysia," kata Ayob Khan.
Beliau mengulas berhubung tangkapan berkenaan dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, pada Jumaat.
Jelasnya, kesemua suspek dibayar gaji antara RM2,000 dan RM3,000 sebulan dan turut memperoleh komisen dari RM500 hingga RM800 berdasarkan keuntungan bulanan.
Turut dirampas tiga komputer riba, sebuah tablet, 15 telefon bimbit (pelbagai jenama), empat modem WiFi dan kunci rumah.
Kesemua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan Prosedur Jenayah selama empat hari bermula Khamis.
Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Astro Awani
Fri Dec 10 2021
Ayob Khan berkata, selain dari menerima gaji bulanan warga Indonesia yang dipercayai bekerja di pusat berkenaan turut memperoleh komisen dari RM500 hingga RM800 berdasarkan keuntungan bulanan. - Gambar hiasan
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Waspada terima panggilan dakwa 'Pegawai Cybersecurity Malaysia'
CSM menegaskan mereka tidak membuat panggilan sedemikian kepada orang ramai.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
Judi dalam talian jerat 960,000 pelajar Indonesia
Kebanyakan pelajar terdiri daripada pelajar universiti awam dan swasta di seluruh negara.
Malaysia negara tertinggi di Asia rekodkan mangsa scam berulang
Malaysia menjadi negara tertinggi di Asia yang merekodkan jumlah mangsa berulang berkaitan jenayah penipuan dalam talian (scam) dengan lebih 2.5 kali jenayah itu berlaku terhadap mangsa yang sama.
Lebih 4,700 remaja bawah umur terlibat judi dalam talian - Polis Korea Selatan
Golongan remaja bawah umur melonjak sebanyak 2,784 peratus daripada hanya 162 kes yang dilaporkan pada tahun sebelumnya.
Indonesia sekat hampir 3.8 juta laman sesawang perjudian
Turut disekat, 31,751 pautan berkaitan perjudian di laman sesawang institusi pendidikan dan 31,812 pautan di laman sesawang kerajaan.
Indonesia siasat dakwaan 1,000 anggota Dewan Rakyat terlibat judi dalam talian
Siasatan itu didorong oleh laporan daripada Pusat Laporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK).
Indonesia sekat akses platform judi dalam talian
Pasukan petugas akan menyekat akses platform perjudian dalam talian luar negara terutamanya dengan menyasarkan penyedia akses rangkaian.
PDRM sahkan 27 'influencer' ditahan promosi judi 'online'
Polis menahan 27 influencer atau pempengaruh pelbagai kaum kerana dipercayai bersekongkol dengan sindiket perjudian untuk mempromosikan kegiatan judi dalam talian di media sosial mereka, pada Khamis.
Lebih 10 pempengaruh media sosial ditahan promosi judi 'online'
Lebih 10 pempengaruh dan pencipta kandungan di media sosial ditahan polis kerana disyaki mempromosikan aktiviti judi dalam talian.