awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket kuota umrah: Pemilik syarikat ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
11/02/2023
10:51 MYT
Sindiket kuota umrah: Pemilik syarikat ditahan
SPRM menahan seorang pemilik syarikat di Lembah Klang bagi membantu siasatan kes pengagihan kuota jumlah tempat duduk penerbangan melibatkan agensi pembekal perkhidmatan umrah dengan meminta rasuah kononnya berbentuk komisen. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pemilik syarikat di Lembah Klang, pada Sabtu bagi membantu siasatan kes pengagihan kuota jumlah tempat duduk penerbangan melibatkan agensi pembekal perkhidmatan umrah dengan meminta rasuah kononnya berbentuk komisen.
Menurut sumber, berikutan penahanan lelaki berusia 36 tahun itu, SPRM turut merampas beberapa dokumen serta wang tunai.
"Lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk tindakan lanjut dan akan direman pada Ahad," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Tambah sumber, siasatan masih dijalankan dan pihak syarikat memberi kerjasama baik kepada SPRM.
Beliau berkata, siasatan mendapati ada pegawai syarikat yang mengambil kesempatan di atas permintaan tinggi.
"SPRM juga tidak tolak kemungkinan akan menahan beberapa lagi individu bagi mengesan dokumen berkaitan," ujarnya.
Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan SPRM membongkar sindiket menentukan pengagihan kuota jumlah tempat duduk penerbangan bagi agensi-agensi pembekal perkhidmatan umrah dengan meminta rasuah kononnya berbentuk komisen.
SPRM kemudian berjaya menahan enam individu berusia 34 hingga 55 tahun terdiri daripada pengarah serta kakitangan syarikat pelancongan membabitkan enam buah syarikat menerusi operasi khas di empat negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kedah pada Khamis.
Modus operandi sindiket ialah mengenakan bayaran rasuah berjumlah antara RM50 hingga RM250 bagi setiap kuota tiket bagi jemaah umrah.
Bayaran ini bagi memastikan agensi-agensi umrah mendapat kuota tempat duduk dalam setiap penerbangan yang dijadualkan.
Sindiket ini dipercayai telah menjalankan kegiatan sejak 2018 lagi dan sehingga kini dipercayai sebanyak 216,000 tiket telah diagihkan dengan bayaran rasuah sekurang-kurangnya berjumlah RM10.8 juta.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#sindiket kuota umrah
#pemilik syarikat
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan