MELAKA: Sindiket penipuan membabitkan penggunaan 'keldai akaun' atau akaun tumpang di Melaka mencatatkan peningkatan sebanyak 13.09 peratus kepada 501 kes dengan kerugian RM12.3 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 443 kes melibatkan kerugian RM10.3 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata sindiket penipuan tersebut membabitkan tujuh modus operandi (MO) iaitu African Scam dengan jumlah kes sebanyak (30 kes) , Macau Scam (157 kes), pinjaman tidak wujud (98 kes), belian dalam talian (115 kes), tawaran kerja tidak wujud (118 kes), menyamar rakan pinjam wang (33 kes) dan pelaburan (107 kes).
"Antara punca berlaku peningkatan kes keldai akaun ialah kurangnya pendedahan terhadap jenayah melibatkan transaksi kewangan dan desakan hidup yang menyebabkan pemilik akaun sanggup membiarkan akaun mereka digunakan sindiket penipuan semata-mata untuk mendapatkan komisen atau bayaran.
"Berdasarkan peningkatan kes semasa, Polis Melaka akan mempergiatkan program turun padang untuk memberi penerangan dan maklumat jelas berkaitan MO penipuan ini termasuk keldai akaun yang dilihat agak serius," katanya kepada pemberita selepas Program Walkabout Polis Melaka Bangunan Stadthuys di sini pada Sabtu.
Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Melaka, Supt E. Sundra Rajan dan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit.
Mengulas lanjut, Zainol berkata Macau Scam mencatatkan penggunaan keldai akaun tertinggi iaitu sebanyak 157 kes dengan jumlah kerugian sebanyak RM5.4 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 57 kes dengan kerugian RM3.5 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata penggunaan akaun tumpang membabitkan tawaran kerja tidak wujud juga merekodkan peningkatan sebanyak 112 kes kepada 118 kes dengan kerugian sebanyak RM1.8 juta dalam tempoh sama tahun ini berbanding hanya enam kes dengan kerugian RM64,920 dalam enam bulan pertama tahun lepas.
Beliau berkata selain itu, sebanyak 339 tangkapan melibatkan penggunaan keldai akaun telah dilakukan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 269 orang dalam tempoh sama tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 16 2022

Zainol beramah mesra bersama para pengayuh beca pada tinjauan mesra di Bangunan Stadthuys dekat Banda Hilir, Melaka, 16 Julai 2022. -- fotoBERNAMA

Kabin kapal persiaran terbakar, penumpang dipindahkan
Sebuah kapal persiaran terpaksa berlabuh di Sydney, Australia untuk memindahkan penumpang yang terjejas berikutan kebakaran berlaku di kabin penginapan kapal itu.

Dewan AS pecat Ilhan Omar daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis meluluskan resolusi memecat Ahli Kongres Ilhan Omar daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri.

AS akui Sime Darby Plantation tidak guna buruh paksa
Ia membuka jalan untuk pihak Kastam AS menarik semula sekatan yang dikenakan terhadap produk syarikat itu sejak Jan 2022.

Olimpik Musim Sejuk Beijing terus beri manfaat sosial dan ekonomi - IOC
Meskipun sudah hampir setahun berlalu sejak temasya sukan itu berakhir, namun semua gelanggang untuk temasya itu masih dibuka untuk kegunaan orang awam dan atlet sukan tempatan.

Usul tidak tanding dua jawatan tertinggi UMNO tidak langgar perlembagaan parti
Sudah banyak kali dalam sejarah 77 tahun umur UMNO jawatan itu tidak dipertandingkan, kata Ahmad.

65 kes mati lemas direkod sejak 2020 - JBPM Kelantan
Kebanyakan kes kematian akibat lemas berlaku di sungai selain kawasan tali air, air terjun, pantai, tasik dan pembetungan.

Mahkamah tolak permohonan Zahid Hamidi dapatkan pasport
Selaras peruntukan undang-undang, mahkmah bertindak adil dan saksama kepada semua tertuduh.

Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.

Ringkas SPUTNIK: Janji Putin kepada warga Rusia
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

Donut 10 Sen | Kekalkan harga demi bantu golongan kurang mampu
Peningkatan harga barangan semasa tidak menjadi halangan buat pasangan suami isteri untuk meneruskan perniagaan donut yang dijual pada harga 10 sen sebiji. Menurut Idham Syafiq Darmilus, 35 tahun, dia memilih untuk mengekalkan harga tersebut bagi memastikan golongan kurang berkemampuan dapat merasai hidangan itu terutama ketika peningkatan kos sara hidup masa kini.

Empat ditahan disyaki keldai akaun sindiket penipuan tawaran kerja
Dua lelaki dan dua wanita berusia 26 hingga 43 tahun itu ditahan berasingan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Polis Pulau Pinang tahan lima keldai akaun
Polis Pulau Pinang menahan empat lelaki dan seorang wanita yang dipercayai menjadi "keldai akaun" oleh sindiket penipuan tawaran kerja sambilan serta pinjaman wang tidak wujud dalam talian,.

Tiga ditahan disyaki keldai akaun
Tiga suspek itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat Seksyen 420 Kanun keseksaan.

Keldai akaun punca 'scammer' bermaharajalela
Keadaan itu berlaku apabila pemilik asal akaun bank berkenaan bertindak menyerahkan butiran kepada pihak ketiga kerana didorong dengan bayaran dan sebagainya.

Polis tahan empat wanita, seorang lelaki disyaki jadi keldai akaun
Polis Pulau Pinang menahan empat wanita dan seorang lelaki yang disyaki menjadi 'keldai akaun' sindiket penipuan berbeza membabitkan kerugian sehingga RM132,580 dalam serbuan sekitar Perak semalam.

Empat lelaki ditahan bantu kes keldai akaun
Mereka dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket pinjaman tidak wujud dalam talian, pelaburan tidak wujud dan Macau Scam.

Sindiket penipuan guna keldai akaun di Melaka meningkat, catat RM12.3 juta
Antara punca peningkatan kes ialah kurang pendedahan terhadap jenayah melibatkan transaksi kewangan dan desakan hidup.

1,364 keldai akaun ditahan di Selangor
Polis Selangor menahan 1,364 individu termasuk 436 wanita disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan dalam talian atau scam di negeri tersebut sejak Januari hingga Jun lalu.

Sindiket 'keldai akaun': Sepasang kekasih antara tujuh ditahan
Kegiatan sindiket itu terbongkar selepas beberapa siri serbuan dalam operasi akaun palsu dilakukan Melaka dan Selangor pada 4 dan 5 Januari lalu.

Orang ramai diminta waspada aplikasi MyBNM palsu - Bukit Aman
Mangsa dalam kes-kes ini akan dihubungi oleh pihak yang akan menyamar sebagai pegawai daripada agensi penguatkuasa, termasuklah pihak BNM.