KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas pelbagai agensi bagi menangani isu rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara, akibat sindiket penipuan kerja.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata, Jawatankuasa Khas itu akan diketuai oleh Kementerian Luar Negeri.
Kata Ahli Parlimen Mersing itu lagi, isu tersebut telah dibincangkan secara serius dan kerajaan amat prihatin dengan nasib keluarga dan rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa negara.
“Penubuhan Jawatankuasa Khas ini membuktikan komitmen kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia dibawa pulang dengan selamat.
“Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menghubungi Kementerian Luar Negeri jika mendapat tawaran kerja di luar negara bagi memastikan kesahihan dan tidak terjebak dengan sindiket penipuan kerja,” katanya lagi.
Pada 13 September lepas, media melaporkan seramai 29 lagi rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja, yang masih berada di depoh imigresen negara itu, dijangka dibawa pulang secara berperingkat bermula hujung bulan ini.
Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim berkata, 24 mangsa telah dibawa pulang lebih awal, dan proses membawa pulang baki mangsa terbabit dijangka selesai selewat-lewatnya pada Oktober.
Selain itu, Eldeen Husaini berkata 30 lagi rakyat Malaysia yang dilaporkan menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja sedang dicari pihak berkuasa negara itu.
Firdaus Azil
Wed Sep 21 2022
Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, penubuhan Jawatankuasa Khas itu membuktikan komitmen kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia dibawa pulang dengan selamat. - BERNAMA
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
PRU15: "Saya tak akan U-Turn" - Abdul Latiff bertegas tidak bertanding di Mersing
Penyandang kerusi Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad mengulangi pendiriannya untuk tidak bertanding bagi mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU15).
Sindiket penipuan pekerjaan: Kabinet tubuh Jawatankuasa Khas - Abdul Latiff
Penubuhan jawatankuasa khas ini membuktikan komitmen kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia dibawa pulang dengan selamat.
Skandal LCS: PKR buat laporan kepada SPRM terhadap Abdul Latiff esok
Laporan itu akan menamakan Abdul Latiff sebagai seorang yang terkait dengan skandal LCS sepertimana disebut dalam beberapa siri laporan.
Skandal LCS: 'Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya' - Dr Latiff
Dr Abdul Latiff berkata, beliau sebagai seorang ahli Kabinet sedia beri kerjasama penuh terhadap siasatan berhubung skandal LCS
Skandal LCS: Rafizi dakwa isteri Dr Latiff terlibat
Rafizi mendakwa, isteri kedua Dr Latiff terlibat dengan dua syarikat yang terlibat, iaitu Alizes Marine Limited, dan Alizes Marine Labuan.
191 PKD diaktifkan sebagai Pusat Daftar Vaksin Luar Bandar bermula 20 Mei
Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengaktifkan sebanyak 191 buah Pusat Komuniti Desa (PKD) sebagai Pusat Daftar Vaksin Luar Bandar bermula 20 Mei ini.
SPNB anggar RM600 juta perolehan tahun 2017
Syarikat Perumahan Negara Berhad menganggarkan perolehannya pada tahun 2017 adalah sebanyak RM600 juta.