KUALA LUMPUR: Polis telah menahan sembilan individu berusia lingkungan 23 hingga 62 tahun yang disyaki terbabit dalam sindiket penipuan Skim Pelaburan Banker Capital (BKC) dan Skim Pelaburan Wow Exchange OU membabitkan kerugian hampir RM1.9 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata kesemua suspek ditahan pada Sabtu lepas dalam Operasi Nuri di sekitar Kedah, Kuala Lumpur dan Johor.
Beliau berkata bagi BKC, sindiket itu akan memperdaya mangsanya dengan meyakinkan mereka bahawa wang pelaburan dilaburkan di dalam dan luar negara serta menjanjikan pulangan tinggi dengan kadar keuntungan antara 100 hingga 400 peratus.
"Beberapa pakej ditawarkan bermula daripada pakej 'Trainee' yang bernilai serendah AS$100 hingga ke pakej 'Capitalist' yang bernilai as$10,000," menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.
Mohd Kamarudin berkata Wow Exchance OU pula merupakan skim pelaburan berasaskan mata wang kripto yang menyaksikan suspek mempromosikan platform mata wang kripto dan juga e-dompet yang dinamakan sebagai token WOWX.
"Token WOWX itu dikatakan berdaftar dan berpusat di Singapura melalui syarikat Wow Global Pte Ltd serta dalam proses untuk mendapatkan lesen daripada kerajaan Singapura.
"Pelabur diarahkan untuk membuat bayaran modal pelaburan ke beberapa akaun bank oleh sindiket namun akhirnya mangsa tidak memperoleh apa-apa pulangan daripada modal yang dikeluarkan untuk pelaburan," katanya sambil menambah setakat ini, polis sudah membuka sembilan kertas siasatan terhadap sindiket yang menyasarkan warga tempatan itu.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram serta Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.
Katanya skim pelaburan yang diiklankan di media sosial seperti Facebook, YouTube, Wechat, WhatsApp sememangnya mudah menarik perhatian kerana dijanjikan keuntungan tinggi selain pakej mampu milik lebih-lebih lagi ketika ramai yang terjejas ekonomi akibat wabak COVID-19.
Mohd Kamarudin menasihati orang ramai agar melakukan semakan dengan agensi kerajaan berkaitan bagi mengetahui status skim pelaburan dan syarikat yang menawarkannya melalui pengesahan akaun dan talian telefon terlebih dahulu di laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.
"Sila hubungi CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1559 atau 03-2610 1599 atau WhatsApp ke CCID Infoline di talian 013-2111 222 untuk menyalurkan maklumat atau aktiviti jenayah komersial yang berlaku di persekitaran anda," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 21 2021
Mohd Kamarudin menasihati orang ramai agar melakukan semakan dengan agensi kerajaan berkaitan bagi mengetahui status skim pelaburan dan syarikat. - Foto BERNAMA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Tiada kebocoran data MyKad - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistem jabatan berkenaan.
Polis belum terima laporan data MyKad dijual di 'dark web'
Polis belum menerima sebarang laporan berkaitan dakwaan data kad pengenalan atau MyKad milik rakyat negara ini dijual menerusi 'dark web' atau laman web tertutup.
Unit Siber Teknikal dan Taktikal JSJK ditubuhkan tangani jenayah siber
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata 17 perjawatan telah diisi bagi membolehkan unit berkenaan memulakan operasi fasa pertama.
Kes latihan penerbangan: Polis terima 11 laporan, siasatan terperinci sedang dijalankan
Satu daripada laporan itu diterima daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) manakala 10 lagi daripada pelatih yang jadi mangsa.
Warga emas sasaran berkualiti 'scammer'
Polis menerima 21,535 laporan berkait penipuan dalam talian dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
12 rakyat Malaysia ditahan kes pengubahan wang haram guna akaun Singapura
Melalui siasatan dan pengumpulan bukti yang berpanjangan, sebuah sel pengubahan wang haram yang beroperasi di Johor, Malaysia telah dikenal pasti.
18,205 kes komersial dicatatkan, kerugian lebih RM1.5 bilion - Polis
Jumlah kerugian berkaitan kes-kes jenayah komersial termasuk penipuan dalam talian meningkat 31 peratus bagi tempoh 1 Jan hingga 11 Ogos tahun ini.
10 ditahan, sindiket pelaburan 'Warburg Pincus' tumpas
Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan yang beroperasi di platform media sosial dengan menggunakan nama sebuah syarikat pelaburan, Warburg Pincus, membabitkan kerugian lebih RM21 juta.
Kes pecah amanah libatkan peguam dijangka terus meningkat
Sebanyak 27 kes pecah amanah melibatkan peguam direkodkan dengan kerugian RM20.3 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.