Penipuan internet bukanlah sesuatu yang asing lagi.

Disebalik pendedahan oleh pihak berkuasa mengenai kegiatan itu, ia terus berleluasa dan masih ramai yang terpedaya kepada jenayah kolar putih ini kerana kurangnya pengetahuan dan kesedaran.

Jenayah yang tidak mengenal usia ini mempunyai pelbagai jenis taktik untuk memperdaya mangsa antaranya dengan mengajak mangsa mereka melakukan seks secara atas talian.



Nasihat daripada Polis:

Elakkan menjadi mangsa kepada penipuan siber ini. Sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan kenalan melalui Internet.