awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket sembunyi daun ketum dalam kandang kambing tumpas

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
15/07/2020
09:05 MYT
Sindiket sembunyi daun ketum dalam kandang kambing tumpas
Lelaki Thailand dipercayai anggota sindiket penyeludupan daun ketum yang ditahan di kawasan sempadan. -PGA
Taktik sindiket penyeludupan menyembunyikan daun ketum di dalam sebuah kandang kambing di ladang getah terletak berhampiran sempadan Thailand dibongkar Pasukan Gerakan Am (PGA).
Dalam Op Benteng berhampiran Kampung Wang Kelian di sini tengah hari Selasa, pasukan PGA Batalion 3 Wilayah Utara, berjaya merampas sebanyak 2,667 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM80,010.
Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji, berkata pasukan risikan dan anggota pasukan itu mengesan kandang kambing yang kelihatan mencurigakan ketika membuat rondaan jam 1.45 tengah hari.
"Pemeriksaan kemudian menemui daun ketum yang dimuatkan dalam 68 guni berwarna putih. Kita percaya guni itu diletakkan di situ buat sementara waktu sebelum diseludup ke Thailand.
"Siasatan mendapati kumpulan lelaki Thailand yang dipercayai anggota sindiket akan datang mengambil guni itu sebelum digalas meredah hutan merentas sempadan," katanya di sini, pada Rabu.
Pasukan risikan dan anggota pasukan itu mengesan kandang kambing yang kelihatan mencurigakan.
Pasukan risikan dan anggota pasukan itu mengesan kandang kambing yang kelihatan mencurigakan.
Katanya, pasukan PGA turut mengesan dan menahan enam lelaki Thailand terbabit yang sedang membawa guni daun ketum untuk diseludup ke negara berkenaan.
Beliau berkata, selain itu turut dirampas adalah lima buah motosikal serta sebuah kereta yang dianggarkan bernilai lebih RM15,500.
Pasukan risikan dan anggota pasukan itu mengesan kandang kambing yang kelihatan mencurigakan.
Pasukan risikan dan anggota pasukan itu mengesan kandang kambing yang kelihatan mencurigakan.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Ghani berkata, dalam operasi Ahad lalu, pihaknya turut merampas sebanyak 490 kg daun ketum selain menahan tiga lelaki warga Thailand di ladang getah kawasan berkenaan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Topic Berkaitan
#Kedah
#kereta
#ketum
#operasi
#Perlis
#PGA
#sempadan
#siasatan
#tentera
#tentera semut
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan