Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak dicabar pada penamaan calon pemilihan Umno hari ini adalah bukti keyakinan semakin kukuh terhadap mereka dalam kalangan anggota akar umbi.
Berita mereka tidak perlu bertanding itu diterima baik oleh para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang kebanyakannya yakin sinergi Najib-Muhyiddin akan terus membawa penunjuk positif bukan sahaja kepada BN tetapi juga negara secara keseluruhannya.
Pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata keputusan itu jelas menunjukkan kalangan akar umbi Umno menghargai keharmonian dan kestabilan.
"Ia merupakan keputusan bijak oleh anggota akar umbi UMNO untuk memastikan kedua-dua pemimpin menang tanpa bertanding. Saya percaya ia akan memantapkan lagi kestabilan dalam parti," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang turut mengucapkan tahniah kepada Najib dan Muhyiddin berkata beliau berbangga kerana mereka mendapat sokongan serta keyakinan penuh anggota Umno untuk terus menerajui kepimpinan parti dan kerajaan.
"Ini dapat memastikan UMNO terus stabil dan kuat dalam kepimpinan politik negara," katanya ketika dihubungi Bernama.
Tambahnya, kemenangan kedua-dua pemimpin UMNO itu juga akan terus memantapkan kepimpinan BN dan memastikan kekuatannya diperkukuh.
"Kita harap pimpinan Najib dan UMNO dapat mentransformasikan kerajaan dan BN," katanya.
Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha berkata keputusan itu akan menjadi contoh baik kepada parti komponen lain dalam BN untuk diteladani, terutamanya dalam waktu yang mencabar ini.
Beliau berkata sinergi padu Najib dan Muhyiddin akan memberikan hasil positif kepada pertumbuhan negara.
Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayvaes berkata ia membuktikan gabungan baik dan hubungan akrab antara kedua-dua pemimpin, dan ini akan menjamin kestabilan BN di masa depan.
Sementara itu, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Peter Chin Fah Kui berkata keputusan itu juga mencerminkan hasrat parti komponen BN yang mahu melihat kesinambungan kepimpinan UMNO dan juga Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
"Ini akan menjamin kestabilan dan keyakinan bukan sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia tetapi juga warga asing terhadap kepimpinan negara dan hala tujunya. Ini kerana dengan menang tanpa bertanding, ia menunjukkan kepimpinan sekarang mendapat kepercayaan dan keyakinan UMNO yang merupakan tulang belakang BN," katanya ketika dihubungi.
Katanya keadaan ini akan memastikan kesinambungan dasar kepimpinan sekarang yang berfikiran terbuka dan memberikan kebebasan kepada parti komponen BN untuk menyumbang secara kolektif sebagai kerajaan.
"Sebagai contoh, SUPP dengan hanya seorang MP (anggota Parlimen), kami diberi peluang dalam kerajaan dengan pelantikan timbalan presiden kami Datuk Richard Riot Jaem sebagai Menteri Sumber Manusia," katanya.
Bernama
Sun Sep 22 2013
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.