awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura bentang rang undang-undang hubungan HSR dengan KL

Bernama
Bernama
03/10/2017
23:24 MYT
Singapura bentang rang undang-undang hubungan HSR dengan KL
Rang undang-undang itu akan menyokong "pembinaan, operasi dan kawal selia" Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR), selaras dengan perjanjian dua hala yang ditandatangani Disember lepas.
Satu rang undang-undang untuk menyokong pembinaan dan pengurusan dua hubungan kereta api masa depan antara Singapura dan Malaysia dibentang di Parlimen hari ni, lapor The Straits Times.
Laporan itu berkata, Rang Undang-Undang Keretapi Rentas Sempadan itu antara lain akan memberi lesen kepada pengendali bagi menjalankan perkhidmatan kereta api dan menyelenggara aset kereta api, pelantikan juruaudit keselamatan bebas serta pembiayaan untuk pembinaan projek.
Ia juga akan memberi kuasa kepada kerajaan untuk menggantung perkhidmatan kereta api rentas sempadan tersebut jika terdapat risiko yang mungkin berlaku terhadap keselamatan pengguna seperti kerosakan atau tindakan pengganas, kata laporan tersebut.
Rang undang-undang itu akan dibentangkan Menteri Pengangkutan Kedua, Ng Chee Meng dan akan dibaca buat kali kedua pada sidang Parlimen akan datang, katanya.
Memetik jurucakap Kementerian Pengangkutan Singapura, laporan itu berkata, rang undang-undang itu akan menyokong "pembinaan, operasi dan kawal selia" Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR), selaras dengan perjanjian dua hala yang ditandatangani Disember lepas.
Projek kereta api 350 kilometer itu dijadual siap pada 2026. Daripada keseluruhan sistem kereta api tersebut, 15 kilometer akan dibina di Singapura dan 335 kilometer lagi di Malaysia.
Rang undang-undang itu juga akan menyokong Pautan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura selepas Singapura dan Malaysia memeterai perjanjian dua hala pada akhir tahun ini, tambah jurucakap berkenaan.
RTS itu akan memulakan perkhidmatan penumpang pada akhir Disember 2024 dan akan berupaya membawa sehingga 10,000 penumpang bagi setiap hala setiap jam apabila ia beroperasi kelak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kereta api
#Kuala Lumpur
#Parlimen
#Singapura
#undang-undang
#Undang-Undang Keretapi Rentas Sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan