awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura dan Malaysia tegaskan lagi hubungan mesra pertahanan

Bernama
Bernama
03/10/2018
20:00 MYT
Singapura dan Malaysia tegaskan lagi hubungan mesra pertahanan
MINDEF menerangkan kedua-dua menteri itu telah membincangkan perkembangan keselamatan dan geopolitik yang sedang berlaku di rantau ini. - Foto BERNAMA
Singapura dan Malaysia sekali lagi menegaskan wujudnya hubungan pertahanan dan pertukaran pandangan mengenai kerjasama pertahanan bilateral dan multilateral yang mesra antara kedua-dua negara.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia Liew Chin Tong yang berada di sini untuk lawatan dua hari hingga 4 Okt, mengunjungi Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen di Kementerian Pertahanan (MINDEF), pada Rabu.
Dalam satu kenyataan di sini, MINDEF menerangkan kedua-dua menteri itu telah membincangkan perkembangan keselamatan dan geopolitik yang sedang berlaku di rantau ini.
Selepas kunjungan itu, timbalan menteri pertahanan itu diraikan pada jamuan tengah hari oleh Menteri Kanan Negara bagi Pertahanan Heng Chee How.
Liew juga melawat SAFRA Punggol awal Rabu, dan akan menyampaikan ucap tama di Simposium Kaunter-Terrorisme Asia Tenggara 2018 anjuran S. Rajaratnam School of International Studies, hari ini.
MINDEF mengambil perhatian bahawa lawatan itu membuktikan hubungan pertahanan yang mesra dan wujud lama antara Singapura dan Malaysia.
Angkatan Tentera Singapura dan Angkatan Tentera Malaysia (MAF) berinteraksi secara kerap melibatkan pelbagai akitiviti bilateral, yang termasuk eksesais, lawatan dan pertukaran, dan penyertaan kursus timbal balik.
Mereka juga bekerjasama luas dalam bidang multilateral, termasuk Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA), Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Plus, serta Rondaan Selat Melaka.
Dalam kenyataan berasingan, MINDEF berkata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (MAF) Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin turut mengunjung Dr Ng.
Sebelum mesyuarat dengan Dr Ng, Zulkifli yang dalam lawatan pengenalannya ke Singapura selama dua hari mulai semalam, turut mengunjungi Panglima Angkatan Tentera Leftenan Jeneral Melvyn Ong.
Zulkifli juga melawat Changi Naval Base pada Selasa, di mana beliau menyaksikan upacara perasmian "Eksesais Bersama Lima", dan melawat Changi Command and Control Centre dan kapal Formidable-class Frigate RSS Steadfast.
Beliau juga melawat Pasukan Petugas Pertahanan Pulau di Kem Clementi awal pagi ini, dan melawat ST Engineering lewat petang ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hubungan pertahanan
#Liew Chin Tong
#Malaysia
#Mindef
#Ng Eng Hen
#Singapura
#Timbalan Menteri Pertahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan