awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura import ayam dari Indonesia sebagai sumber baharu stok makanan

Bernama
Bernama
30/06/2022
13:02 MYT
Singapura import ayam dari Indonesia sebagai sumber baharu stok makanan
Indonesia kini turut disenaraikan sebagai antara pengeksport daging ayam sejuk beku, daging ayam diproses dan produk berasaskan ayam ke Singapura. - Gambar hiasan/BERNAMA
SINGAPURA: Indonesia kini turut disenaraikan sebagai antara pengeksport daging ayam sejuk beku, daging ayam diproses dan produk berasaskan ayam ke Singapura, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Khamis.
Dalam hantaran di Facebook, SFA memaklumkan bekalan ayam yang telah diluluskan dari Indonesia kini boleh diimport sebagai sumber tambahan bekalan sedia ada dari Brazil, Thailand dan Australia.
"Usaha SFA itu dilihat sebagai satu langkah ke hadapan dalam mempelbagaikan sumber bekalan makanan dan meningkatkan daya tahan bekalan.
"Langkah ini akan melindungi kita daripada ketidaktentuan bekalan global," menurut SFA.
SFA memaklumkan bahawa kepelbagaian telah menjadi asas kepada strategi menjamin keselamatan makanan Singapura.
"Kerajaan telah melakukan perancangan jangka panjang dan mengambil tindakan secara proaktif melindungi bekalan makanan Singapura," menurut SFA.
Singapura telah mempelbagaikan sumber makanannya sejak sekian lama, terutama membabitkan makanan asasi seperti telur, ayam dan sayur-sayuran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#ayam sejuk beku
#Indonesia
#Agensi Makanan Singapura
#SFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan