awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura kutuk sekeras-kerasnya serangan Balai Polis Ulu Tiram - Kementerian Luar

Bernama
Bernama
17/05/2024
15:28 MYT
Singapura kutuk sekeras-kerasnya serangan Balai Polis Ulu Tiram - Kementerian Luar
Lokasi kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram. - Foto BERNAMA
SINGAPURA: Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
"Kami bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan berharap pegawai yang cedera segera sembuh," kata Kementerian Luar (MFA) Singapura dalam satu kenyataan.
Kementerian itu termasuk Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur dan Konsulat Jeneral Singapura di Johor Bahru, sedang memantau situasi berkenaan, kata MFA.
MFA juga menasihatkan warga Singapura di Malaysia atau yang akan melancong ke negara itu agar berwaspada dan mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan diri mereka.
"Warga Singapura yang melancong ke Malaysia disarankan untuk mendaftar dengan MFA melalui laman sesawang kami, https://eregister.mfa.gov.sg, supaya kami dapat menghubungi dan membantu anda dalam keadaan kecemasan," katanya, sambil menambah bahawa semua warga Singapura yang melancong ke luar negara digalakkan untuk membeli insurans perubatan dan perjalanan yang komprehensif.
Dalam insiden 2.45 pagi itu, dua anggota polis - Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said - terkorban manakala seorang lagi cedera selepas diserang oleh seorang penceroboh di balai berkenaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata suspek yang ditembak mati di lokasi kejadian disyaki ahli Jemaah Islamiyah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#kutuk
#serangan Balai Polis Ulu Tiram
#mfa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan