awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura tangguh kenaikan GST, kenaikan berperingkat pada 2023, 2024

Bernama
Bernama
18/02/2022
22:08 MYT
Singapura tangguh kenaikan GST, kenaikan berperingkat pada 2023, 2024
Lawrence Wong menyampaikan Kenyataan Belanjawan Tahun Kewangan 2022 bagi kerajaan Singapura di Parlimen Singapura pada Jumaat. - Facebook Lawrence Wong
SINGAPURA: Singapura telah memutuskan untuk menangguhkan kenaikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2023 dan menaikkannya secara berperingkat menerusi dua langkah selepas mempertimbang situasi keseluruhan termasuk pandemik COVID-19 yang sedang melanda.
Keputusan itu diumumkan oleh Menteri Kewangan republik itu Lawrence Wong ketika menyampaikan Kenyataan Belanjawan Tahun Kewangan 2022 bagi kerajaan Singapura di Parlimen di sini pada Jumaat.
"Mengenai penentuan masa GST, saya telah mempertimbangkan dengan teliti keseluruhan situasi - pandemik yang berlanjutan, keadaan ekonomi kita, dan unjuran bagi inflasi.
"Keperluan terhadap perolehan kita adalah mendesak. Tetapi, saya juga faham kebimbangan rakyat Singapura mengenai kenaikan GST yang dilaksanakan pada masa yang sama dengan peningkatan harga," katanya.
Wong berkata kenaikan pertama akan dilaksanakan pada 1 Jan, 2023 daripada 7.0 peratus kepada 8.0 peratus, manakala kenaikan kedua pada 1 Jan, 2024 daripada 8.0 peratus kepada 9.0 peratus.
Beliau berkata perolehan daripada kenaikan GST itu akan dimanfaatkan untuk menampung perbelanjaan penjagaan kesihatan dan menjaga warga emas.
Menurut menteri berkenaan, kerajaan juga akan mengenakan cukai terhadap kereta mewah pada kadar yang lebih tinggi untuk menjadikan sistem cukai kenderaan yang lebih progresif.
Wong berkata satu tambahan peringkat bagi Fi Pendaftaran Tambahan (ARF) akan diperkenalkan untuk kereta pada kadar 220 peratus bagi bahagian nilai pasaran terbuka melebihi S$80,000.
ARF tambahan itu dijangka menjana perolehan tambahan berjumlah $50 juta pada setiap tahun, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GST
#Lawrence Wong
#Belanjawan Singapura
#Ekonomi Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan