Kerajaan Singapura akan menubuhkan Agensi Keselamatan Siber (CSA) Singapura mulai 1 April depan.

Ditubuhkan di bawah naungan Pejabat Perdana Menteri (PMO), CSA akan menyediakan maklumat lengkap dan berpusat tentang fungsi keselamatan siber kebangsaan.

Kenyataan dari PMO berkata CSA akan memperkasa dan memajukan keupayaan keselamatan siber kerajaan, termasuk yang wujud di Kementerian Dalam Negeri (MHA) dan Lembaga Pembangunan Infokom (IDA), dan memfokus kepada keselamatan siber kebangsaan.

Ini termasuk pembangunan strategi dan dasar, operasi keselamatan siber dan 'outreach'.

Ia akan juga bekerjasama rapat dengan sektor swasta bagi memajukan eko-sistem keselamatan siber Singapura.

Dr Yaacob Ibrahim, Menteri Komunikasi dan Penerangan akan dilantik sebagai Menteri bertanggungjawab terhadap Keselamatan Siber.

David Koh, timbalan setiausaha (Teknologi) di Kementerian Pertahanan (Mindef) dilantik sebagai ketua eksekutif CSA pada 1 Jan lepas, dan secara rasmi memegang jawatan itu pada 1 April depan.

Koh akan menyandang kedua-dua jawatan serentak di CSA dan Mindef.