awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Singkirkan kanser ini' - Sultan Johor gesa Kerajaan Perpaduan tegas hapus rasuah

Astro Awani
Astro Awani
23/03/2023
07:00 MYT
'Singkirkan kanser ini' - Sultan Johor gesa Kerajaan Perpaduan tegas hapus rasuah
Sultan Johor (kanan) menyifatkan hubungan di antara Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan bertambah baik di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri). -Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menggesa agar Kerajaan Perpaduan dan agensi berkaitan membersihkan pentadbiran kerajaan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap perlakuan rasuah.
Menyifatkan ia sebagai "kanser", Sultan Ibrahim bertitah reputasi Malaysia telah terjejas akibat rasuah.
"Ubah. Bersihkan seluruh sistem dan bersihkan yang korup, tidak kira siapa pun mereka.
"Tidak kira sama ada usia mereka mencecah 100 (tahun) atau belum mencapai 100. Tiada alasan."
“Jika Najib (Datuk Seri Najib Razak) boleh dimasukkan ke dalam penjara, bagaimana dengan orang lain?
"Reputasi Malaysia telah terjejas kerana rasuah. Kita perlu singkirkan kanser ini," katanya memetik laporan The Star pada Khamis.
Sultan Johor berkata demikian ketika ditanya jangkaan baginda terhadap Kerajaan Perpaduan selepas 100 hari.
Bersihkan keseluruhan sistem, singkirkan pelaku rasuah - Sultan Johor
Dalam pada itu, baginda menyifatkan hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor sebagai bertambah baik di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jelas baginda, kerjasama Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan juga lebih baik berbanding mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.
“Kami (Sultan Johor dan Anwar) telah bekerjasama dengan baik.
"Saya boleh katakan ia lebih baik daripada mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.
"Kami kerap bertukar pandangan, sama ada dalam mesyuarat atau melalui panggilan telefon.
"Berunding di antara satu sama lain dan bertukar-tukar idea bagaimana kami boleh membangunkan negeri ini dengan lebih baik,” titah Sultan Johor lagi.
Sultan Johor sebelum ini pernah mengkritik Kerajaan Persekutuan termasuk mengatakan Johor dilayan seperti anak tiri.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#Anwar Ibrahim
#Hubungan Johor dan Kerajaan Perpaduan
#singkirkan kanser rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan