OPPO secara rasminya hari ini melancarkan telefon pintar terbaharunya, Siri OPPO Reno8 5G yang dilengkapi ciri-ciri cemerlang dalam pengambilan fotografi dan videografi, selain menjadi peranti flagship paling dinantikan pertengahan tahun ini.

Pengurus Produk OPPO, Pang Chin Yip berkata, peranti tersebut dilengkapi teknologi terkini yang mampu memberikan pengalaman digital terbaik sekali gus melangkaui jangkaan pengguna.

“OPPO telah melancarkan Siri OPPO Reno8 5G dengan ciri-ciri cemerlang dalam pengambilan fotografi dan videografi, Reno8 Pro 5G dikuasakan dengan Pengimejan NPU MariSilicon X yang pertama dibangunkan oleh OPPO, Reno8 Pro 5G menyediakan pengalaman kamera potret peringkat flagship dengan kali pertama rakaman video 4K tersedia dalam telefon pintar menerusi segmen harga yang menarik ini.

“Dengan Video Ultra Malam 4K, pengguna boleh merakam video potret yang terang dan jelas walaupun pada waktu malam ataupun keadaan yang gelap.

“Selain itu, Siri OPPO Reno8 5G mempunyai teknologi pengecasan pantas 80W SUPERVOOC yang selamat dan dipercayai. Pengguna boleh mengecas bateri dari 0 peratus sehingga 50 peratus dalam hanya 11 minit sahaja,” katanya ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini.

Pengalaman fotografi dan videografi terbaik yang dikuasakan Pengimejan NPU MariSilicon X. - Foto OPPO

Video Ultra Malam 4K membolehkan pengguna merakam video potret yang terang dan jelas. - Foto OPPO

Pengalaman permainan tanpa gangguan dan bertahan lebih lama. - Foto OPPO

Mengulas lanjut, Chin Yip menambah, peranti tersebut juga hadir dengan pilihan warna yang menawan pada harga berpatutan.

“Reno8 5G mempunyai dua warna, iaitu Shimmer Gold dan Shimmer Black pada harga RM2,399. Reno8 Pro 5G yang bereka bentuk Streamlined Unibody ini mempunyai dua warna iaitu Glazed Green dan Glazed Black pada harga RM3,499,” ujarnya.

Kini, mereka yang berminat boleh membuat pratempahan Siri OPPO Reno8 5G bermula sekarang sehingga 29 Julai ini dan menerima pelbagai hadiah menarik sehingga RM1,486.

Siri OPPO Reno8 5G | Peranti flagship dinantikan pertengahan tahun ini

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**Artikel ini adalah kandungan berbayar.