MOSCOW : Presiden Rusia, Vladimir Putin melakukan rombakan Kabinet dengan menggugurkan Menteri Pertahanan negara itu, Sergei Shoigu sekali gus memperlihatkan perubahan besar dalam kepimpinan tentera dua tahun selepas serangan Ukraine.
Dalam pengumuman mengejutkan itu, Putin turut menamakan bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga ahli ekonomi, Andrey Belousov sebagai pengganti Shoigu.
Serentak itu, Putin turut menerbitkan dekri yang menamakan Shoigu sebagai Setiausaha baharu Majlis Keselamatan, menggantikan sekutu lama beliau, Nikolai Patrushev.
“Shoigu akan terus bekerja dalam sektor ini (pertahanan) bidang yang beliau arif sekali,” media kerajaan memetik jurucakap Kremlin Dmitry Peskov sebagai berkata.
"Beliau (Shoigu) mengetahui sektor pertahanan dengan baik dari dalam, bersama-sama rakan sekerja dan rakan kongsinya di tempat kerjanya sebelum ini," tambahnya.
Berdasarkan Perlembagaan, Putin dikehendaki menamakan satu set menteri kerajaan baharu - atau melantik semula menteri sedia ada - berikutan kemenangannya dalam pilihan raya Mac tanpa pembangkang.
Penggubal undang-undang di Parlimen juga perlu meluluskan pencalonan Presiden, yang mereka akan lakukan pada Selasa (esok).
Shoigu dilantik sebagai Menteri Pertahanan Rusia pada 2012.
Walaupun rentetan kemunduran ketenteraan untuk Rusia - termasuk kegagalan untuk menawan ibu kota Ukraine Kyiv dan berundur dari timur laut Kharkiv dan wilayah selatan Kherson – Putin tetap menyokong Shoigu sehingga kini.
Itu termasuk apabila ketua separa tentera Wagner Yevgeny Prigozhin melancarkan pemberontakan berdarah tahun lalu yang menggesa Shoigu disingkirkan.
Belousov, pengganti yang dicalonkan Shoigu, tidak mempunyai latar belakang tentera.
Beliau, bagaimanapun, telah menjadi salah seorang penasihat ekonomi paling berpengaruh dalam pentadbiran Putin sejak sedekad lalu.
Astro Awani
Mon May 13 2024
![Putin tukar Menteri Pertahanan, Shoigu dengan ahli ekonomi Putin tukar Menteri Pertahanan, Shoigu dengan ahli ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715555857_SergeiShoigu.jpg)
Putin melakukan rombakan Kabinet dengan menggugurkan Shoigu (gambar) dan menggantikannya dengan Belousov. - Foto REUTERS
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM
Hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah setimpal.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Johor hasrat lancarkan sekolah rintis mulai tahun depan
Kerajaan negeri Johor berhasrat melancarkan sekolah rintis negeri itu bermula tahun depan bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.
AWANI Ringkas: Sekolah rintis tumpu STEM tahun depan di Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Perang tidak selesaikan masalah, kata Narendra Modi kepada Vladimir Putin Perang tidak selesaikan masalah, kata Narendra Modi kepada Vladimir Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720561855_VladimirPutinNare.jpg)
Perang tidak selesaikan masalah, kata Narendra Modi kepada Vladimir Putin
"Di tengah-tengah senjata, peluru dan bom, rundingan damai tidak boleh berjaya. Kita harus mencari jalan untuk damai hanya melalui perbincangan."
![Presiden Korea Selatan bincang hubungan Korea Utara-Rusia di sidang kemuncak NATO Presiden Korea Selatan bincang hubungan Korea Utara-Rusia di sidang kemuncak NATO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41717061182_YoonSukYeol.jpg)
Presiden Korea Selatan bincang hubungan Korea Utara-Rusia di sidang kemuncak NATO
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol akan melawat Amerika Syarikat (AS) pada Isnin untuk menghadiri sidang kemuncak NATO di Washington.
![Pemimpin Korea Utara lawat Rusia 'apabila semua syarat dipenuhi' - Moscow Pemimpin Korea Utara lawat Rusia 'apabila semua syarat dipenuhi' - Moscow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719295987_tbNorthKorea.jpg)
Pemimpin Korea Utara lawat Rusia 'apabila semua syarat dipenuhi' - Moscow
Lawatan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ke Rusia akan berlangsung apabila "semua syarat yang diperlukan dipenuhi".
![Putin ucap terima kasih kepada Kim Jong Un atas sambutan mesra Putin ucap terima kasih kepada Kim Jong Un atas sambutan mesra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717643773_VladimirPutin.jpg)
Putin ucap terima kasih kepada Kim Jong Un atas sambutan mesra
Vladimir Putin menerusi kiriman Telegram kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, menzahirkan penghargaan atas sambutan dan layanan mesra yang diterima semasa lawatannya ke negara itu baru-baru ini.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
!['Korea Selatan, jangan bekalkan senjata kepada Ukraine' - Putin 'Korea Selatan, jangan bekalkan senjata kepada Ukraine' - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706333140_KimJongUn.jpg)
'Korea Selatan, jangan bekalkan senjata kepada Ukraine' - Putin
Kata Putin, Moscow akan bertindak balas terhadap perkara itu dengan cara yang lebih besar terhadap Seoul.
![Putin datang bawa kereta mewah, Kim Jong Un senyum dapat hadiah Putin datang bawa kereta mewah, Kim Jong Un senyum dapat hadiah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718865599_tbNorthKorea.jpg)
Putin datang bawa kereta mewah, Kim Jong Un senyum dapat hadiah
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyampaikan hadiah limosin Aurus, kepada rakan sejawatan di Korea Utara, Kim Jong Un, dalam lawatannya ke Pyongyang pada Rabu.
![Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717249819_VolodymyrZelenskiy.jpg)
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky dijangka meminta para hadirin untuk menghadiri dan menyokong sidang kemuncak keamanan di Switzerland bulan ini.
![Putin puji hubungan Rusia dengan Iran Putin puji hubungan Rusia dengan Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711236273_tbVladimirPutin.jpg)
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
![Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715926087_ChinaRussiarelatio.jpg)
Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia
Xi berkata hubungan China-Rusia dalam tiga perempat abad lalu memperlihatkan pengukuhan dan pengembangan persahabatan sesama jiran.