awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem harga dua peringkat, kupon pembelian minyak peket dibincang minggu depan - Salahuddin

Bernama
Bernama
06/12/2022
13:02 MYT
Sistem harga dua peringkat, kupon pembelian minyak peket dibincang minggu depan - Salahuddin
Salahuddin berkata, kedua-dua cadangan tersebut merupakan hasil sesi libat urus yang diadakan hari ini bersama pemain industri dan wakil Persatuan Pengilang Minyak Masak. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Cadangan penetapan harga melalui sistem dua peringkat dan kupon pembelian minyak masak peket bersubsidi akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) minggu depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Beliau berkata kedua-dua cadangan tersebut merupakan hasil sesi libat urus yang diadakan hari ini bersama pemain industri dan wakil Persatuan Pengilang Minyak Masak.
"Pelaksanaan harga minyak masak dua peringkat yang dicadangkan MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia) ini akan diperincikan dan mengambil kira semua aspek.
"Cadangan kupon pula telah dikemukakan menteri sebelum ini tetapi masih belum dilaksanakan. Jadi kedua-dua cadangan ini akan dibawa ke mesyuarat NACCOL," katanya.
Salahuddin berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan sesi libat urus dengan pemain industri minyak masak dan wakil Persatuan Pengilang Minyak Masak Malaysia di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di sini.
Semalam media melaporkan, Salahuddin akan mengadakan perjumpaan khas dengan pemain industri telur ayam dan minyak masak peket bersubsidi hari ini bagi mengenal pasti situasi sebenar dan mendapatkan maklumat terkini berhubung bekalan kedua-dua barangan tersebut.
Menyifatkan sesi libat urus itu sebagai suatu perbincangan terbuka antara kementerian dan pemain industri, Salahuddin yang juga urus setia NACCOL berkata cadangan yang dikemukakan amat berguna dan akan dicerakinkan secara terperinci sebelum sebarang keputusan atau polisi baharu diperkenalkan oleh kerajaan.
"Ini bagi memastikan situasi menang-menang dapat dihasilkan kepada pengilang, peniaga dan pengguna," katanya.
Pada mesyuarat 27 Nov lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan NACCOL untuk mencerakin dan menelusuri implikasi subsidi dalam tempoh dua minggu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minyak masak
#subsidi minyak masak
#Salahuddin Ayub
#kupon pembelian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan