KUALA LUMPUR:Sistem penjagaan kesihatan awam dan perubatan di negeri Sabah masih berfungsi seperti biasa walaupun terdapat kekangan kes COVID-19 yang tinggi di negeri itu, tegas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ia sekali gus menafikan sistem penjagaan kesihatan awam dan perubatan di negeri itu lumpuh seperti didakwa sebuah portal baru-baru ini.
Memperincikan perkara itu, beliau berkata pada masa ini, sebanyak tujuh hospital telah disediakan untuk merawat pesakit COVID-19 pada tahap tiga, empat dan lima manakala kapasiti 4,822 katil disediakan berbanding 2,566 katil sebelum ini.
"Ia termasuk 66 katil ICU (unit rawatan rapi) dan peruntukan 170 alat bantuan pernafasan, pengisian katil setakat ini ialah 66 peratus," katanya pada sidang media secara maya yang disiarkan melalui Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, KKM juga telah mengenal pasti enam lagi pusat kuarantin dan rawatan risiko rendah bagi merawat kes COVID-19 pada tahap satu dan dua menjadikan kesemua pusat rawatan tersebut sebanyak 16 buah.
- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 11 2020

Sistem penjagaan kesihatan awam dan perubatan di negeri Sabah masih berfungsi seperti biasa walaupun terdapat kekangan kes COVID-19 yang tinggi di negeri itu, tegas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto BERNAMA

Segera adakan pemilihan parti - Pemuda UMNO Kota Raja
Menurutnya, pemilihan segera perlu dilakukan agar hala tuju parti dapat ditentukan oleh mereka yang dipilih.

DAP sedia kerjasama dengan Jawatankuasa Khas Bebas dengan syarat ketat - Guan Eng
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan darurat dalam usaha mengekang peningkatan jumlah jangkitan COVID-19.

"UMNO kini sudah berpecah tiga" - Annuar Musa
Perpecahan UMNO kepada tiga terdiri daripada kelompok kumpulan yang tolak Bersatu, yang berada di tengah-tengah dan yang terima Bersatu.

COVID-19: Warga Malaysia di Singapura antara terima vaksin
Kebanyakan mereka terima suntikan bekerja dalam sektor yang diberikan keutamaan.

Biar dilabel 'tali barut' Bersatu, Annuar Musa kekal pertahan UMNO
Pihak yang sengaja melemparkan tuduhan beliau tali barut Bersatu mempunyai agenda peribadi yang tersendiri, tegas Annuar Musa.

Operasi mencari penunggang motosikal jatuh longkang diperluas lebih 100 km
Mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras dalam kejadian ketika hujan lebat.

Bunuh diri | Angka di Jepun melonjak di kalangan wanita dan kanak-kanak
Kes bunuh diri di jepun melonjak ketika gelombang kedua pandemik COVID-19 terutama di kalangan wanita dan kanak-kanak. Menurut kajian oleh penyelidik di Universiti Hong Kong dan Tokyo Metropolitan Institute of Gerontology, angka bunuh diri Julai hingga Oktober meningkat 16% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Darurat | Sertakan suara rakyat dalam penubuhan Jawatankuasa Khas Bebas
Suara rakyat dan pemegang taruh yang lain harus dilibatkan dalam penubuhan jawatankuasa bebas mengenai darurat, seperti yang dikehendaki Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Penganalisis Politik Dr Jeniri Amir berkata, pandangan dari pihak yang pelbagai amat perlu bagi memastikan ia dapat mencangkupi kesemua aspek berkaitan dalam pengurusan negara ketika tempoh darurat.

Proklamasi Darurat | Kebimbangan imuniti perlindungan penuh kerajaan ketika darurat
Majlis Peguam semalam menzahirkan kebimbangan mengenai imuniti diperuntukkan dalam Seksyen 10 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang memberi perlindungan penuh kepada kerajaan dan pegawainya daripada sebarang situasi yang timbul akibat kecuaian, termasuk membabitkan kesihatan. Untuk membincangkan mengenai perkara ini, kita bersama dengan Pakar Perlembagaan, Dr Muhammad Fathi Yusof.

Pendidikan | Penangguhan sesi persekolahan, apa reaksi guru?
Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan keadaan semasa jangkitan COVID-19. Bagi membincangkan mengenai perkara ini kita bersama dengan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang.

Sistem kesihatan awam Sabah berfungsi seperti biasa walau diuji COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham nafi sistem penjagaan kesihatan awam dan perubatan di Sabah lumpuh seperti didakwa sebuah portal baru-baru ini.