awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem Pendawaian Elektrik di 2,086 sekolah akan dinaik taraf

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
31/10/2016
08:04 MYT
Sistem Pendawaian Elektrik di 2,086 sekolah akan dinaik taraf
Datuk Chong Sin Woon berkata, sebagai langkah awal, semua Jabatan Pendidikan Negeri telah mengenal pasti sekolah yang terlibat. - Gambar hiasan
Kementerian Pendidikan telah memohon peruntukan RM479.36 juta melalui Rolling Plan 2 khusus bagi menaik taraf sistem elektrik di 2,086 buah sekolah yang mempunyai sistem pendawaian elektrik lebih 20 tahun.
Timbalan Menterinya, Datuk Chong Sin Woon berkata, sebagai langkah awal, semua Jabatan Pendidikan Negeri telah mengenal pasti sekolah yang terlibat.
"Permohonan menaik taraf tersebut diangkat secara berfasa kepada agensi pusat untuk diluluskan sebelum dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-11," katanya semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong di Dewan Rakyat.
Beliau ingin mengetahui tindakan susulan yang telah diambil oleh kementerian bagi melihat semula sistem pendawaian elektrik sekolah khusus di Sarawak.
Menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang mencadangkan kerajaan mengambil insurans kebakaran untuk setiap sekolah, beliau menjelaskan, perkara itu sedia dibincangkan di peringkat kementerian.
Mengenai isu menaik taraf sekolah daif di Sarawak, Sin menjelaskan, peruntukan khusus disediakan dalam Bajet 2017 bagi menaik taraf 120 sekolah daif seluruh negara termasuk 30 sekolah di Sarawak.
Topic Berkaitan
#Chong Sin Woon
#Kementerian Pendidikan
#pendawaian sekolah
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan