KUCHING: Sistem pengairan titisan yang merupakan inovatif baharu Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) dalam proses penanaman padi diharap dapat menyumbang kepada peningkatan Tahap Sara Diri (SSL) Sarawak untuk beras.
Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS Datuk Syeed Mohd Hussein Wan Abdul Rahman berkata sistem yang sedang dilaksanakan di tapak ujian seluas satu ekar di CENTEXS Kuching di sini telah dimulakan pada Disember tahun lepas.
Beliau berkata pengairan titisan adalah teknik yang menyalurkan air terus ke kawasan akar tumbuh-tumbuhan secara perlahan dan terkawal melalui rangkaian tiub, paip, dan pemancar.
"Apabila digunakan dalam penanaman padi, pengairan titisan boleh membantu dalam kecekapan penggunaan air, menambah baik pengurusan nutrien, kawalan penyakit, pengurangan kos buruh dan tenaga.
"Berdasarkan ketepatan amaun penggunaan sumber dalam proses pertanian ini, kami menjangkakan peningkatan hasil 20 hingga 40 peratus lebih tinggi berbanding kaedah konvensional. Ia juga akan memberikan anda jumlah hasil yang lebih tepat," katanya semasa ucapan pada program menuai padi di tapak ujian CENTEXS di sini, semalam.
Pada 28 November tahun lepas Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata sehingga 2022, Sarawak mengeluarkan 85,700 tan metrik beras yang merupakan 5.1 peratus daripada jumlah pengeluaran negara dan bersamaan 34 peratus daripada SSL negeri.
Dr Rundi berkata kementeriannya akan terus membangunkan infrastruktur dalam penanaman padi sebagai salah satu langkah yang perlu bagi meningkatkan pengeluaran beras tempatan di negeri ini.
Beliau berkata sehingga kini, lebih 30 kawasan Skim Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedia ada yang meliputi lebih 10,000 hektar telah dikenal pasti untuk penanaman padi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Syeed Mohd Hussein Rahman menuai padi menggunakan mesin khas ketika menggunakan sistem yang sedang dilaksanakan di tapak ujian seluas satu ekar di CENTEXS Kuching, 4 Apr 2024. --fotoBERNAMA
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Seorang lagi lelaki yang dipercayai suspek juga meninggal dunia dalam kejadian sekitar pukul 2.54 pagi itu.
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Sistem pengairan titisan CENTEXS bantu tingkatkan SSL beras Sarawak
Teknik ini menyalurkan air terus ke kawasan akar tumbuh-tumbuhan secara perlahan dan terkawal melalui rangkaian tiub, paip dan pemancar.
Peruntukan RM30 juta untuk pembangunan TVET di CENTEXS - Ahmad Zahid
Kerajaan meluluskan peruntukan pembangunan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Komersial.
CENTEXS, MyIPO bantu daftar harta intelek usahawan Sarawak
Harta-harta intelek yang didaftarkan ini adalah di antara 42,000 yang didaftarkan oleh MyIPO seluruh negara.
Penghijrahan ke pentadbiran digital langkah tepat - Abang Johari
Langkah pantas Sarawak berhijrah ke arah pendigitalan telah beri kesan positif dalam tempoh singkat
CENTEXS pusat latihan teknologi 5G pertama di Malaysia
Sarawak bakal memiliki Pusat Latihan Teknologi 5G pertama di Malaysia dan ia melibatkan kursus relevan bagi membangunkan pengaturcaraan (Programming) di Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS).
CENTEXS perkenal terowong sanitasi cegah virus COVID-19
Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS) memperkenalkan sebuah terowong sanitasi cegah virus atau Covid Buster yang pertama di Sarawak.