MALAYSIA
Sistem pilihan raya halang lebih ramai wanita jadi calon - Penganalisis

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persiapan akhir sebelum proses pengundian satu pilihan raya kecil (PRK). - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Sistem pilihan raya first-pass-the-post (pemenang undi terbanyak) menyukarkan wanita daripada dipilih sebagai calon.
Ringkasan AI
- Sistem pemenang undi terbanyak (first-past-the-post) menyukarkan penambahan calon wanita kerana ia menonjolkan calon individu, menyebabkan parti perlu menggugurkan penyandang lelaki untuk memberi laluan kepada wanita.
- Wong Chin Huat mencadangkan sistem perwakilan berkumpulan seperti Group Representation Constituency (GRC) di Singapura, yang membolehkan beberapa wakil dipilih dalam satu kawasan, memudahkan penyertaan wanita.
- Wanita berdepan cabaran kewangan besar untuk menceburi politik, termasuk kesukaran mendapatkan dana kempen dan jaringan penaja, menjadikan aspek kewangan penghalang utama.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Lanjutan itu, Chin Huat mencadangkan agar sistem pilihan raya yang mengamalkan pencalonan secara berkelompok seperti di Singapura dipertimbangkan untuk diadaptasi dalam sistem pilihan raya negara.
“Sekiranya, kita boleh pilih beberapa orang wakil rakyat untuk satu kawasan, maka senang untuk kita pastikan ada wakil wanita.
“Di Singapura ada kawasan perwakilan kelompok atau group representation constituency (GRC) yang diwujudkan untuk diisi oleh kaum minoriti, bukan untuk wanita.
“Tetapi sekarang setiap kawasan GRC di Singapura pasti ada satu hingga dua orang wakil rakyat wanita, daripada empat hingga lima orang wakil rakyat dalam kumpulan itu,” jelasnya.
Dalam temu bual sama, Convener Projek SAMA, Ngeow Chow Ying pula mendedahkan cabaran unik bagi wanita untuk menceburi dunia politik adalah berkait dengan isu sokongan pendanaan dan tajaan.
"Kalau mereka dicalonkan, mereka berdepan cabaran untuk dapatkan tajaan dan peruntukan bagi tujuan perbelanjaan kempen. Selepas mereka dilantik sebagai wakil rakyat, mereka memerlukan dana untuk menjalankan tugas.
“Ini menjadikan aspek kewangan sebagai pertimbangan berat bagi wanita yang ingin mencebur diri dalam politik.
“Satu cabaran unik bagi wanita juga ialah cabaran untuk mendapatkan jaringan penaja. Ini ada kaitan dengan isu struktur kerana banyak penaja yang hanya mahu menaja calon yang boleh menang,” ujarnya.
Pada Ahad, Projek SAMA dilaporkan berkata, selepas 30 tahun, mengambil kira Speaker yang tidak dipilih, timbalan speaker dan ahli yang dilantik bersama ahli yang dipilih, hanya 30 (13.45 peratus) daripada 223 ahli Dewan Rakyat dan 72 (11.56 peratus) daripada 623 Adun adalah wanita.
Menurut kenyataan itu, senario ini meletakkan Malaysia di tempat ke-152 daripada 188 negara dalam perwakilan parlimen wanita mengikut pemantauan Kesatuan Antara Parlimen setakat Julai 2025.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami