Sistem profil aset yang bakal diperkenalkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau anggota polis yang terlibat dalam rasuah bukanlah suatu sistem yang baharu, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Musa diminta untuk mengulas tentang cadangan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM yang bakal memperkenalkan sistem profil aset sebagai langkah untuk memantau aset anggota polis.
Pengarah JIPS Senior Deputi Komisioner Polis, Datuk Zubaidah Md. Ismail dalam satu temubual bersama The Star berkata profil aset juga akan menentukan beberapa banyak aset yang dimiliki anggota polis berdasarkan pangkat dan tahun perkhidmatan.
“Sistem itu sudah ada. Anggota polis memang perlu mengisytiharkan aset mereka. Selepas itu, ada jawatankuasa yang akan mempersoalkan jika aset yang ada tidak mengikut kelayakan.
"Mungkin bezanya sistem ini merupkan sistem berkomputer kerana dahulu, mereka harus isi borang,” katanya kepada Astro AWANI.
Ditanya jika sistem berkenaan boleh memerangi rasuah, Musa berkata ia sebenarnya terpulang kepada mereka yang melakukan pemeriksaan.
“Sistem sudah ada tetapi apa yang penting adalah mereka yang melakukan pemeriksaan dan adakah mereka akan betul-betul memeriksa," kata Musa.
Zubaidah memberitahu The Star bahawa sistem baharu ini akan lebih terperinci dan memerlukan pegawai yang terlibat untuk memberi penjelasan tentang aset dan kekayaan mereka.
“Sistem sekarang ini hanya memerlukan kakitangan mengisytiharkan harta mereka tanpa perlu memberikan penjelasan bagaimana mereka memiliki aset itu,” kata Zubaidah.
Tambah beliau, profil berkenaan akan menjadi garis panduan kepada anggota polis berhubung apa yang mereka seharusnya memiliki.
"Jika seseorang pegawai tidak memenuhi garis panduan dan tidak dapat menjelaskan tentang kekayaan mereka, kami akan melancarkan satu siasatan dalaman dengan serta-merta,” kata Zubaidah.
Zubaidah turut berkata apabila sistem ini sudah bermula, ia juga akan membuat pemeriksaan ke atas ahli keluarga jauh selain isteri dan anak-anak.
"Kami menyedari beberapa anggota atau pegawai polis menggunakan proksi untuk menyembunyikan kekayaan yang tidak dapat dijelaskan mereka tetapi kami akan melakukan apa sahaja untuk mengetahui bagaimana kekayaan mereka diperoleh,” katanya.
Beliau turut berkata sistem baharu ini akan membantu pegawai polis yang jujur dalam pengisytiharan aset mereka.
“Kami tahu terdapat beberapa orang yang sanggup ugut untuk menjatuhkan rakan sekerja mereka,” tambahnya.
Syafique Shuib
Mon Feb 16 2015
MUSA: Anggota polis memang perlu mengisytiharkan aset mereka dari dulu lagi.
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
Anggota polis tergamak bunuh ibu kandung, pukul dengan tabung gas
Siasatan awal mendapati pembunuhan itu berlaku setelah bertengkar dengan mangsa.
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
45 pegawai, anggota polis ditahan SPRM bagi tempoh Januari hingga September lepas
Sebanyak 45 anggota dan pegawai PDRM ditahan SPRM bagi tempoh Januari hingga September tahun ini kerana disyaki menerima suapan dan salah guna kuasa.
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Curi barang kemas: Polis serah kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara
Rusdi berkata pihaknya juga mencadangkan pertuduhan terhadap suspek di mahkamah dan buat masa ini suspek masih bertugas.
Koperal mengaku tidak bersalah curi enjin RXZ di balai polis
Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas pertuduhan mencuri enjin motosikal jenis Yamaha RXZ pada Julai lepas.
Tiada kompromi pegawai, anggota polis terlibat salah laku - KPN
Tiada kompromi terhadap pegawai dan anggota terbabit salah laku yang merosakkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM), tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Anggota polis ditahan, disyaki peras ugut buruh sawit RM2,000
Difahamkan suspek lelaki berusia 40 tahun itu menawarkan bantuan menyelesaikan kes lampau berkaitan urin mangsa.