awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yu Qi bertemu Kunlavut pada final Terbuka Malaysia 2026
UPSR, PT3 dikaji semula: Ahli akademik cadang penambahbaikan
76 pesakit dirawat sehari: Amaran serius kesihatan jantung rakyat Malaysia - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem tebatan banjir tidak mampu tampung limpahan di Sungai Buloh - MB

Bernama
Bernama
25/11/2025
12:53 MYT
Sistem tebatan banjir tidak mampu tampung limpahan di Sungai Buloh - MB
Amirudin meluangkan masa melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Desa Aman, Sungai Buloh, petang Selasa. - Facebook Amirudin Shari
SHAH ALAM: Limpahan air sungai serta hujan berterusan melebihi sehari antara faktor menyumbang kepada kejadian banjir di kawasan Sungai Buloh semalam.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata keadaan itu menyebabkan kawasan sekitar serta sistem tebatan banjir sedia ada tidak mampu menampung kapasiti air.
Beliau berkata walaupun kerajaan negeri telah membina benteng namun keadaan cuaca luar jangka dan peningkatan paras air yang mendadak masih memberi kesan besar kepada penduduk.
"Pihak kerajaan negeri kini sedang mengenal pasti langkah-langkah susulan yang perlu diambil bagi menjamin keselamatan penduduk.
"Ini termasuk penambahbaikan infrastruktur tebatan banjir serta tindakan segera bagi memastikan keselamatan dan kebajikan semua mangsa," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Hantaran itu adalah mengenai lawatan beliau ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Desa Aman, Sungai Buloh, petang tadi.
Amirudin berkata sekolah berkenaan merupakan PPS terbesar di Selangor setakat ini yang menempatkan hampir 1,000 mangsa banjir daripada 231 keluarga dari tiga kawasan terjejas iaitu Taman Saujana Aman, Kampung Sri Aman dan Kampung Boyan.
Setakat 5.30 petang, seramai 2,910 mangsa daripada 789 keluarga sedang berlindung di 23 PPS di lima daerah terjejas banjir di Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tebatan banjir
#limpahan air sungai
#Sungai Buloh
#banjir
#Amirudin Shari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan