awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem tender terbuka untuk projek kerajaan

Bernama
Bernama
07/07/2018
07:22 MYT
Sistem tender terbuka untuk projek kerajaan
Menteri Kerja Raya, Baru Bian (tengah) memasukan plak pada simbolik perasmian Majlis Mesyuarat Pegawai Kanan (SOC) 2018 Jabatan Kerja Raya (JKR) di sebuah hotel hari ini. - Foto BERNAMA
Kerajaan akan menggunakan sistem tender terbuka dengan meluas dan telus bagi projek kerajaan terutama yang berskala besar agar setiap sen wang rakyat dapat dibelanja dengan baik, kata Menteri Kerja Raya, Baru Bian.
Ini kerana kerajaan membelanjakan lebih RM100 bilion setahun untuk perolehan melalui pelbagai projek dan kontrak dan ia adalah satu jumlah yang agak besar.
"Dengan jumlah yang begitu besar amat penting supaya tidak berlaku pembaziran dan menjadi kewajiban kerajaan untuk sentiasa memastikan wang ini dibelanjakan secara berhemah.
"Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah baik sistem perolehan dan pemberian kontrak kerajaan demi memastikan ia lebih berdaya saing dan seterusnya menjana nilai yang terbaik untuk wang rakyat," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Pegawai Kanan Jabatan Kerja Raya di sini hari ini.
Dalam pada itu beliau berkata kementerian menyasarkan penggunaan sekurang-kurangnya Tahap 2 Building Material Information (BIM) pada tahun hadapan bagi projek kerajaan bernilai lebih RM100 juta sejajar dengan Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP).
Pada masa ini tahap pelaksanaan projek kerajaan tertumpu kepada pemakaian Industrialised Building System (IBS) pada peringkat pembinaan namun masih kurang menggabungkan kedua-dua sistem itu dalam satu projek.
"Saya percaya inisiatif transformasi JKR untuk mempertingkatkan keberkesanan sistem penyampaian projek kerajaan melalui perluasan penggunaan BIM dalam projek bangunan akan jadi platform pembangunan Artifical Intelligence, Smart Total Asset Management dan Smart City dalam menuju Revolusi Industri 4.0," katanya.
BMI melibatkan proses pembangunan dan pengurusan maklumat digital berasaskan model 3D yang melibatkan analisis pertembungan reka bentuk, simulasi pembinaan, automasi penyediaan lukisan koordinasi, lukisan siap bina dan sistem pangkalan data bersepadu.
Sehubungan itu, kementerian bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menyediakan kemudahan MyBIM Centre dan MyBIM Library untuk kegunaan penggiat industri pembinaan selain menyarankan pegawai JKR mengambil peluang melalui kursus-kursus yang telah disediakan.
Seramai 400 pegawai kanan JKR seluruh negara menyertai mesyuarat itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Baru Bian
#CITP
#Jabatan Kerja Raya
#Menteri Kerja Raya
#Pakatan Harapan
#Program Transformasi Industri Pembinaan
#projek kerajaan
#tender terbuka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan