KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini memberi amaran kepada Siti Nuramira Abdullah, yang didakwa mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam, bahawa perbicaraan kesnya boleh diadakan di rumah wanita itu atau di wad hospital sekiranya dia berterusan tidak hadir perbicaraannya di mahkamah.
Hakim Nor Hasniah Ab Razak mengeluarkan amaran itu selepas peguam R. Sivaraj yang mewakili Siti Nuramira, 27, memaklumkan kepada mahkamah tertuduh sekali lagi tidak hadir kerana dimasukkan ke wad di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Semalam, Mahkamah Sesyen sama telah menangguhkan perbicaraan kes kerana wanita itu cuti sakit akibat gastroenteritis.
Nor Hasniah berkata memandangkan ini kali kedua tertuduh tidak hadir perbicaraan, mahkamah perlu melihat laporan perubatan tertuduh sekiranya dia sekali lagi tidak hadir pada tarikh perbicaraan akan datang.
"Saya menangguhkan kes hari ini dan sambung bicara pada 17 April. Pihak-pihak (pembelaan dan pendakwaan) bersetuju tarikh ganti bicara hari ini dan semalam pada 26 serta 31 Mei ini, manakala jaminan terhadap tertuduh dilanjutkan.
"Ini kali kedua MC (termasuk semalam). Kalau masih lagi MC selepas (17 April) perbicaraan perlu diteruskan sama ada di hospital atau rumah dia (Siti Nuramira)," katanya pada prosiding yang turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob dan Nadia Mohd Izhar.
Pada 13 Julai tahun lepas, Siti Nuramira dalam persembahan pentas di Kelab Komedi Crackhouse dikatakan mengaku sebagai Muslim yang menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum bertindak membuka tudung serta menanggalkan baju kurung, dan perbuatan itu menyebabkan suasana tidak harmoni atas alasan-alasan agama dalam kalangan penganut agama Islam.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail di sini pada 6 petang 4 Jun 2022 mengikut Seksyen 298A (1) (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023

Perbicaraan kes Siti Nuramira boleh diadakan di rumah wanita itu atau di wad hospital sekiranya dia berterusan tidak hadir perbicaraannya di mahkamah. -Gambar fail/Bernama

Aktivis terlibat protes, lekatkan badan atas jalan dipenjara 8 bulan
Seorang aktivis iklim daripada kumpulan alam sekitar Last Generation dijatuhi hukuman penjara lapan bulan tanpa parol di Berlin pada Khamis, jurucakap mahkamah mengesahkannya kepada media tempatan.
Suruhanjaya Sekuriti sasar 35-40 IPO baharu pada tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berkata saluran bagi tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia kekal sihat dan menyasarkan sebanyak 35-40 IPO baharu bagi tahun ini.
MNRB umum dividen akhir 4.45 sen
MNRB Holdings Bhd (MNRB) mengumumkan dividen akhir sebanyak 4.45 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2023.
Proton X90 tembusi pasaran Mauritius, Afrika Selatan, Brunei
Kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama Proton Holdings Bhd, X90 mencatat kemunculan pertama di tiga pasaran eksport iaitu Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei, baru-baru ini.

Pengawal peribadi ditahan menyamar polis untuk jumpa teman wanita
Seorang pengawal peribadi sebuah syarikat kawalan keselamatan ditahan selepas disyaki menyamar sebagai anggota polis, dalam kejadian di kawasan perumahan di Bandar Sungai Long, Kajang, Rabu lepas.
Pantau Agenda Reformasi: Menjelang kenyataan Malaysia PM, 9.30 malam ini
Menjelang Kenyataan Malaysia yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam penampilan pertamanya sebagai pemimpin utama negara, ikuti kupasan bersama Penganalisis Dasar Politik, Ekonomi & Pengajian Antarabangsa, UUM, Dr. Md. Shukri Shuib.
MNRB umum dividen akhir 4.45 sen
MNRB Holdings Bhd (MNRB) mengumumkan dividen akhir sebanyak 4.45 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2023.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Thaksin bakal kembali berperanan dalam kerajaan - PM Thailand
Perdana Menteri Thailand berkata pendahulunya, Thaksin Shinawatra akan berperanan dalam kerajaan selepas dibebaskan daripada penjara, yang dijangka berlaku pada Februari tahun depan.
PM Anwar sampaikan kenyataan negara jam 9.30 malam ini
Antara intipati yang akan disuarakan Malaysia ialah mengenai usaha negara dalam menangani krisis iklim untuk mencapai Agenda 2030.

Siti Nuramira masuk wad, kes mahkamah tangguh lagi
Perbicaraan kesnya boleh diadakan di rumah wanita itu atau di wad hospital sekiranya dia berterusan tidak hadir perbicaraannya di mahkamah.

Perbicaraan ditangguh: Siti Nuramira demam, muntah dan kejang perut
Perbicaraan kes Siti Nuramira Abdullah yang didakwa mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam di Mahkamah Sesyen ditangguhkan hingga esok kerana wanita itu cuti sakit.

Siti Nuramira langgar Peraturan 3R, sentuh isu kaum dan agama ketika persembahan - Saksi
Dia sudah mengingatkan Siti Nuramira agar tidak menyentuh isu kaum, agama dan institusi diraja sebelum wanita itu memulakan persembahan.

Siti Nuramira bukan pemegang kad OKU - JKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan Siti Nuramira Abdullah yang didakwa menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam, adalah pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).

Jawi tahan Siti Nuramira, didakwa esok di Mahkamah Tinggi Syariah
Siti Nuramira Abdullah, 26, ditahan penguat kuasa Jawi selepas menandatangani Borang Jamin ditemani peguamnya, Ramesh Chandran.

Muat naik hantaran jelik, teman lelaki wanita hina Islam mengaku tidak bersalah
V Alexander Navin didakwa atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.