Skip to main content

Dunia

Iran mahukan rundingan, pengkritik perlu bagi ruang - Trump

U.S. President Donald Trump speaks during an event to mark Military Mother's Day, in the East Room at the White House in Washington, D.C., U.S., May 6, 2026. REUTERS/Kylie Cooper
Trump berkata ia menjadi "lebih sukar" untuk berunding apabila tokoh politik berulang kali meminta pendekatan berbeza. - Foto Reuters

ANKARA: Presiden Amerika Syarikat Donald (AS) Trump berkata awal Isnin, Iran mahukan perjanjian dengan AS dan menzahirkan keyakinan rundingan yang sedang berjalan akan menerbitkan hasil menggalakkan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menerusi hantaran di platform Truth Social beliau, Trump berkata Tehran "benar-benar mahu membuat perjanjian" dan menyifatkan perjanjian berpotensi sebagai perjanjian yang "baik untuk AS dan mereka yang bersama kami."

Beliau juga mengkritik lawan politik dan beberapa ahli partinya sendiri, dengan alasan tekanan awam dan tuntutan yang bercanggah merumitkan usaha diplomatik.

Trump berkata ia menjadi "lebih sukar" untuk berunding apabila tokoh politik berulang kali meminta pendekatan berbeza, termasuk tuntutan untuk bergerak lebih pantas, bergerak lebih perlahan, meneruskan tindakan ketenteraan, atau mengelak.

Ketegangan di Asia Barat meningkat sejak AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada Februari. Tehran bertindak balas dengan serangan yang menyasarkan Israel dan sekutu AS di Teluk, selain penutupan Selat Hormuz.

Gencatan senjata berkuat kuasa pada 8 April menerusi pengantaraan Pakistan dan kedua-dua pihak masih bertukar-tukar cadangan ke arah menamatkan konflik.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement