awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Situasi banjir di Batu Pahat semakin baik, mangsa menurun kepada 1,813 orang

Bernama
Bernama
22/03/2023
08:48 MYT
Situasi banjir di Batu Pahat semakin baik, mangsa menurun kepada 1,813 orang
Tiga PPS ditutup iaitu Dewan Orang Ramai Parit Yaani, Sekolah Agama Sri Tanjung dan Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung, susulan banjir telah surut sepenuhnya di kawasan berkenaan. -Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Situasi banjir di Batu Pahat semakin pulih dengan jumlah mangsa terus berkurangan kepada 1,813 orang setakat 4 petang ini, berbanding 2,540 orang pada 8 pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup iaitu Dewan Orang Ramai Parit Yaani, Sekolah Agama Sri Tanjung dan Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung, susulan banjir telah surut sepenuhnya di kawasan berkenaan.
"Seramai 490 keluarga ditempatkan di 17 PPS yang masih beroperasi setakat ini," menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan hari ini.
JPBN turut memberitahu tiada sungai yang direkodkan berada pada paras bahaya, setakat ini.
Cuaca di tujuh daerah diramalkan cerah petang ini, namun Johor Bahru, Pontian dan Kluang dijangka hujan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Batu Pahat
#pusat pemindahan
#JPBN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan