awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Situasi JE di Sarawak dipantau rapi

Bernama
Bernama
02/07/2018
05:49 MYT
Situasi JE di Sarawak dipantau rapi
NOOR HISHAM: Dua tahun selepas program imunisasi dilaksanakan di negeri ini iaitu pada tahun 2004, jumlah kes JE dilaporkan berkurang.
Situasi kes Japanese Encephalitis (JE) di negeri ini dipantau rapi di peringkat Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak lima kes dilaporkan di Sarawak bagi tempoh Januari sehingga 23 Jun lepas dan kesemua kes yang dilaporkan adalah kes sporadik dan tiada wabak JE.
"Masing-masing satu kes dilaporkan di Samarahan, Lawas, Julau, Miri dan Sri Aman," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada laporan akhbar The Borneo Post bertajuk 'Health Dept confirms JE endemic in S'wak, urges caution' dan Malay Mail bertajuk 'Sarawak confirms Japanese Encephalitis now endemic in state, sounds alarm' pada 29 Jun 2018.
Dr Noor Hisham berkata JE disebabkan oleh virus flavivirus yang boleh mengakibatkan gejala 'viral encephalitis' dan merupakan sejenis penyakit bawaan vektor, iaitu nyamuk.
Beliau berkata JE adalah endemik (penyakit yang sentiasa terdapat di kawasan tertentu) di kesemua negara di Asia termasuk Malaysia.
Katanya, program imunisasi JE diperkenalkan pada tahun 2002 di negeri Sarawak kerana kejadian kes JE di Sarawak yang tinggi, iaitu 55 kes pada tahun 1999 dengan kadar insiden 2.61 per 100,000 populasi.
Beliau berkata, dua tahun selepas program imunisasi dilaksanakan di negeri ini iaitu pada tahun 2004, jumlah kes JE dilaporkan berkurang kepada 22 kes dan selepas 16 tahun program itu dijalankan, jumlah kes JE terus berkurangan kepada 10 kes pada tahun 2017.
"Menurut kajian yang dilakukan oleh (Wong et al. 2008) semenjak program imunisasi JE (dilaksanakan) di Sarawak, kadar insiden JE bagi kumpulan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun di Sarawak berkurang daripada 9.8 kes per 100,000 populasi kepada 4.3 kes per 100,000 populasi.
"Ini jelas menunjukkan kejayaan pelaksanaan program ini di negeri Sarawak. Justeru, kementerian menyarankan agar setiap ibu bapa di Sarawak memastikan anak-anak mereka mendapat suntikan imunisasi JE pada umur 9 bulan dan 21 bulan seperti yang ditetapkan dalam jadual imunisasi," katanya.
Dr Noor Hisham turut menasihatkan masyarakat setempat supaya segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda dan gejala JE seperti demam, sakit kepala, loya, muntah, perubahan keadaan mental, simptom neurologi, lemah dan gangguan pada pergerakan.
Selain itu, katanya amalan perlindungan diri seperti penggunaan repelen dan memakai pakaian cerah yang menutup anggota badan dapat mengurangkan risiko digigit nyamuk dan seterusnya jangkitan JE.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jangkitan
#Japanese Encephalitis
#JE
#Kementerian Kesihatan
#Noor Hisham Abdullah
#rawatan
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan