awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sivakumar terima keputusan digugurkan, sentiasa berjiwa rakyat

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
12/12/2023
06:15 MYT
Sivakumar terima keputusan digugurkan, sentiasa berjiwa rakyat
Sivakumar berkata, beliau akan memberi lebih tumpuan kepada rakyat di kawasan Parlimen Batu Gajah yang diwakilinya. - Gambar fail
IPOH: Bekas Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, beliau menerima keputusan digugurkan dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Batu Gajah itu, beliau telah melakukan yang terbaik sepanjang setahun menjawat portfolio berkenaan di Kementerian Sumber Manusia (KSM) selepas mengangkat sumpah pada 2 Dis 2022.
"Saya terima keputusan Perdana Menteri dan saya ucapkan terima kasih kepada seluruh warga KSM yang sentiasa bekerjasama dengan saya," jawabnya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Katanya, beliau akan memberi lebih tumpuan kepada rakyat di kawasan parlimennya.
"Saya sentiasa berjiwa rakyat," ulasnya ringkas.
Salam Sejahtera. Salam Perpaduan. Salam Malaysia Madani. Pertama sekali, tahniah saya ucapkan kepada barisan Menteri Kabinet Malaysia terbaharu yang telah diumumkan hari ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh anggota Kementerian Sumber Manusia yang telah pic.twitter.com/Hv7ZvDMdb7
— V.Sivakumar (@Sivatronoh) December 12, 2023
Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan rombakan Kabinet yang menyaksikan Sivakumar satu-satunya menteri yang digugurkan.
Jawatan beliau diganti Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong.
Topic Berkaitan
#rombakan kabinet
#V Sivakumar
#Kabinet Malaysia 2024
#Kementerian Sumber Manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan