PUTRAJAYA:Pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) di empat lokasi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya sejak 14 Okt lalu akan berakhir 12 tengah malam ini.
Empat lokasi itu adalah Lebuh Sentosa menghala keluar ke Lebuhraya Maju (Mex Expressway), Persiaran Selatan menghala keluar ke Dengkil, Persiaran Utara Pintu Dua A menghala ke Kajang dan Persiaran Utara Pintu Tiga menghala ke Puchong.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, ASP Marlizan Pa'adek berkata sepanjang 54 hari pelaksanaan SJR, 248 kompaun telah dikeluarkan.
"Antara kesalahan adalah tiada surat kebenaran rentas negeri dan tidak mengikut kapasiti penumpang yang ditetapkan untuk PKPB," katanya kepada Bernama.
Beliau ditemui selepas meninjau operasi terakhir dan mengemaskan peralatan di kawasan SJR, di sini malam tadi.
Beliau berkata operasi itu melibatkan 154 anggota polis termasuk kekuatan 42 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Marlizan berkata walaupun PKPB ditamatkan di Putrajaya, masyarakat harus terus patuh prosedur operasi standard (SOP) untuk sama-sama memutuskan rantaian penularan COVID-19.
Katanya polis IPD Putrajaya akan meneruskan pemantauan dari semasa ke semasa dengan dua pasukan pematuhan SOP dari Balai Polis Presint 7 dan 11.
Sebelum ini, PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor mula dilaksanakan pada 14 Okt lalu dan sepatutnya berakhir pada 27 Okt, tetapi disambung sehingga 9 Nov lepas.
Kemudian, PKPB dilanjutkan lagi selama empat minggu sehingga 6 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 06 2020
Anggota polis dan tentera melakukan prosedur penutupan Sekatan Jalan Raya di Putrajaya, 6 Dis, 2020. --fotoBERNAMA
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Elak kongsi maklumat operasi SJR di aplikasi Waze - Polis
Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat operasi sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan pasukan itu menerusi aplikasi Waze.
Dua lelaki rempuh SJR dikejar sejauh 36 kilometer
Suspek turut melanggar pembahagi jalan dan tiang lampu isyarat menyebabkan kenderaan tersebut berpusing satu kali.
Video tular anggota trafik kasari lelaki di SJR, polis buka Kertas Enkuiri Polis
Polis Pulau Pinang membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) bagi menyiasat secara terperinci kejadian seorang anggota trafik mengasari seorang lelaki di sekatan jalan raya (SJR), di Bukit Mertajam.
Dua lelaki sorok 408.26 gram dadah dalam kereta dicekup
Kedua-dua suspek yang berusia 29 dan 31 tahun ltu ditahan dalam sekatan jalan raya Op Samseng Jalanan di susur masuk Tol Kuala Terengganu.
Tahanan imigresen lolos: Polis tubuh Pasukan Cantas, buru baki 171 PATI
Pihak IPK Kedah dan Pulau Pinang, masing-masing menubuhkan enam 'Pasukan Cantas' bagi memburu baki 171 tahanan yang masih lagi bebas.
Lelaki cuba lari daripada SJR sudah ditahan
Lelaki berusia dalam lingkungan 31 tahun tersebut dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.
Tuang air ketum atas jalan
Dua lelaki yang berusia dalam lingkungan 20an hingga 40an itu didapati membawa air ketum dalam tiga botol.
JPJ laksana Ops Sedar bermula esok, kesan kenderaan tiada insurans
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Ops Sedar di seluruh negara bermula esok bagi memantau pemilik kenderaan yang gagal memiliki perlindungan insurans kenderaan motor.
PRN Melaka: Polis buka 17 SJR bermula esok
PDRM akan melaksana Sekatan Jalan Raya (SJR) di 17 lokasi seluruh Melaka sepanjang tempoh pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN), 20 November ini.
Aktiviti rentas negeri mungkin disalah guna sesetengah pihak - Ketua Polis Kedah
Polis Kedah akan meningkatkan operasi khususnya di kawasan pintu sempadan susulan kebenaran aktiviti rentas negeri dan pembukaan sektor ekonomi yang memungkinkan kelonggaran ini disalah guna.