awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skim gaji penjawat awam jadi keutamaan bila hasil negara meningkat - PM Anwar

Bernama
Bernama
06/03/2023
03:47 MYT
Skim gaji penjawat awam jadi keutamaan bila hasil negara meningkat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kenaikan skim gaji penjawat awam akan menjadi keutamaan kerajaan apabila pendapatan negara meningkat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, dalam situasi semasa, kenaikan skim gaji tidak dapat dilaksanakan dalam bulan ini namun beliau akan memberikan perkembangan positif mengenai negara pada sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2023 di Parlimen pada Khamis ini.
"Masa penggulungan, saya akan memberikan beberapa gambaran yang positif, yang baik dari segi hasil kita dari segi pendapatan negara, dari segi jumlah pelaburan yang sebenar, bukan MoU (perjanjian persefahaman)," katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini pada Isnin.
Anwar berkata, berdasarkan pemerhatiannya didapati jentera penjawat awam di peringkat Persekutuan dan negeri dalam pengurusan banjir di Johor telah bertindak pantas, yang membuktikan kewibawaan golongan penjawat awam dalam menguruskan situasi bencana tanpa perlu menunggu arahan.
"Ini maknanya ada kesedaran dalam kalangan semua peringkat khususnya penjawat awam untuk melaksanakan tugas dengan ikhlas dan pantas. Ini kerana orang yang mengalami masalah tidak sama seperti kita, mereka tidak mampu tunggu berhari-hari," katanya.
Anwar turut berharap momentum sama dikekalkan oleh penjawat awam bagi tujuan siap siaga sekiranya berlaku bencana banjir di Sarawak.
Beliau turut mengulangi peringatan kepada agensi pelaksana untuk menyegerakan projek rancangan tebatan banjir (RTB) tanpa perlu menunggu Belanjawan 2023 diluluskan.
"Tidak perlu tunggu kelulusan peruntukan sepenuhnya kerana sebahagian peruntukan telah diluluskan pada Disember lepas. Jadi boleh teruskan, tetapi ikut prosedur," katanya.
Pada 20 Disember lepas, kerajaan telah meluluskan peruntukan khas (Bajet Mini) 2023 di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang berkuat kuasa 1 Januari lepas bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#Anwar Ibrahim
#gaji
#produktiviti meningkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan