KUALA LUMPUR: Inisiatif perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui Skim Perubatan Madani kini diperluaskan ke seluruh negara bermula 15 Sept lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata perluasan skim itu dibuat berikutan sambutan yang menggalakkan dengan kini 80,000 isi rumah B40 telah mendapat manfaat daripada skim itu sejak ia diperkenalkan.
"Lebih 130,000 rawatan kesihatan pesakit luar bagi kes akut telah diberikan melalui klinik swasta dan 80,000 isi rumah mendapat manfaat daripada skim ini.
"Bilangan rawatan yang diberikan hampir mencecah 4,000 sehari dan semakin meningkat. Kini, lebih 1,300 klinik swasta telah mendaftar dan bekerjasama dalam program ini sebagai panel dalam memberikan perkhidmatan," katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) bagi Kementerian Kesihatan (KKM) di Dewan Rakyat hari ini.
Dr Zaliha berkata KKM juga mengalu-alukan klinik perubatan swasta di seluruh negara untuk mendaftar sebagai klinik panel Skim Perubatan Madani dan berharap Ahli Parlimen membantu mempromosi skim berkenaan di kawasan masing-masing untuk memastikan lebih ramai rakyat mendapat kemudahan kesihatan itu.
Skim Perubatan Madani yang diperkenal sebagai inisiatif bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di fasiliti kesihatan kerajaan, sebelum ini dilaksanakan secara rintis di beberapa daerah dan berperingkat hinggalah skim berkenaan tersedia di 21 daerah seluruh negara setakat Ogos lepas.
Skim itu juga bertujuan membantu rakyat khususnya kumpulan B40 mendapatkan rawatan pesakit luar bagi kes akut di klinik perubatan swasta secara percuma.
Sementara itu, Dr Zaliha berkata kementerian sedang berusaha meningkatkan bilangan ahli fisioterapi memandangkan nisbah ahli fisioterapi KKM dengan penduduk Malaysia adalah 1:17,878, manakala nisbah ahli fisioterapi kerajaan dan swasta dengan penduduk Malaysia pula adalah 1: 6,800.
"Jumlah ini masih rendah dan jauh daripada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu satu ahli fisioterapi bagi 2,000 penduduk dan hingga 31 Ogos lepas terdapat seramai 1,919 Jurupulih Perubatan Fisioterapi dan Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi di KKM.
"Antara langkah diambil untuk meningkatkan bilangan ahli fisioterapi ialah meningkatkan keluaran graduan Diploma Fisioterapi Institut Latihan KKM dan pada 2022 seramai 76 orang telah menamatkan pengajian iaitu peningkatan sebanyak 46 peratus berbanding pada 2020 iaitu seramai 52 orang," katanya.
Dr Zaliha berkata kementerian juga melantik Jurupulih Perubatan (Fisioterapi) secara lantikan kontrak bagi kesinambungan penyampaian perkhidmatan dan hingga 31 Ogos lepas, seramai 207 Jurupulih Perubatan (Fisioterapi) lantikan kontrak sedang berkhidmat di KKM.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023

Dr Zaliha Mustafa berkata perluasan skim itu dibuat berikutan sambutan yang menggalakkan dengan kini 80,000 isi rumah B40 telah mendapat manfaat daripada skim itu sejak ia diperkenalkan. - Gambar fail
Sultan Nazrin berkenan sempurnakan perasmian
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan majlis perasmian Perak Agrofest 2023 di Sungai Siput, pada Sabtu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 September 2023.
Kerajaan Selangor tunggu kelulusan KM untuk roboh Stadium Shah Alam
Kerajaan Selangor sedang menunggu kelulusan kebenaran merancang (KM) untuk melaksanakan perobohan Stadium Shah Alam yang bakal diganti dengan Kompleks Stadium Shah Alam (KSSA) baharu.
Tuntutan guru di Malaysia bukti lebih fokus kepada pengajaran
Guru-guru di Malaysia lebih fokus kepada tugas sebagai tenaga pengajaran jika dilihat dari tuntutan dan keluhan mereka yang inginkan agar tidak dibebankan dengan tugas lain di luar bidang pengajaran.
SOP penyelenggaraan kemudahan sukan ditingkatkan - Fadhlina
Prosedur operasi standard (SOP) penyelenggaraan terhadap kemudahan sukan di sekolah akan ditingkatkan bagi memastikan kawasan sekolah adalah sifar kemalangan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Mangsa banjir di Kedah menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah berkurangan kepada 419 orang daripada 141 keluarga setakat 10 malam.
Johor peruntuk RM78 juta persediaan hadapi banjir
Kerajaan Johor memperuntukkan sebanyak RM78 juta bagi melakukan kerja-kerja pembersihan sungai, longkang dan kolam takungan air sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir.
Pemerkasaan seni dan budaya perlu untuk Kebangkitan Asia - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia sangat bertuah dan unik apabila mampu mempamerkan kepelbagaian seni dan budaya sebagai simbol kekuatan negara.
Mengambil pendekatan berbeza mendampingi rakyat
Kerajaan MADANI kini mengambil pendekatan berbeza yang lebih proaktif bagi merasai masalah rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Muhamamd Syafiq-Tze Liang sumbang gangsa kedua kem terjun
Kem terjun negara menambah koleksi pingat gangsa menerusi gandingan Muhammad Syafiq Puteh-Ooi Tze Liang dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di sini, malam ini.

Belanjawan 2024: Perhebat Skim Perubatan Madani, pencegahan NCD - Persatuan
Persatuan berkaitan penjagaan kesihatan berharap kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana untuk mengembangkan lagi Skim Perubatan Madani serta meningkatkan pencegahan NCD di bawah Belanjawan 2024.

Skim Perubatan Madani diperluas seluruh negara, manfaat 80,000 isi rumah
Inisiatif perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui Skim Perubatan Madani kini diperluaskan ke seluruh negara bermula 15 Sept lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Anwar harap penerima STR, tanggungan manfaatkan Skim Perubatan Madani
Anwar berharap penerima STR dan tanggungan dapat memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui skim Perubatan Madani.

Penerima STR boleh dapatkan rawatan Skim Perubatan Madani bermula hari ini
Skim Perubatan Madani yang bermula hari ini sehingga 31 Dis ditawarkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Belanjawan 2023: Skim Perubatan Madani mampu kurangkan kesesakan di hospital - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik beberapa inisiatif dalam pembentangan Belanjawan 2023 apabila menerima peruntukan kedua terbesar dengan peningkatan sebanyak 12 peratus kepada RM36.