awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skim Perubatan Madani kini tertumpu di 10 daerah sahaja

Sinar Harian
Sinar Harian
27/02/2024
05:00 MYT
Skim Perubatan Madani kini tertumpu di 10 daerah sahaja
ProtectHealth berkata, langkah tersebut penting untuk keberkesanan pelaksanaan skim berkenaan mencapai objektif utama dengan memfokuskan sumber pada kawasan dan penerima tertentu. - Gambar fail
SHAH ALAM: Skim Perubatan Madani hanya tertumpu kepada 10 daerah terpilih dan penerima tertentu sahaja berkuat kuasa mulai 26 Februari 2024 sebagai langkah meningkatkan keberkesanan, kemampanan serta memaksimumkan impak skim tersebut.
10 daerah itu ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Langat, Petaling Jaya, Klang, Johor Bahru, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).
ProtectHealth Corporation (ProtectHealth) berkata, klinik swasta di luar kawasan berkenaan diberi masa sehingga sehingga Khamis ini untuk mengemukakan tuntutan tertunggak bagi pesakit yang telah dirawat.
“Skim ini dilancarkan sebagai program perintis sejak 15 Jun 2023 dengan objektifnya untuk mengurangkan kesesakan pesakit di Jabatan Pesakit Luar dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di kawasan bandar.
“Pada masa ini, ia masih lagi dalam fasa penambahbaikan penyampaian dan pelaksanaan. Berdasarkan pemerhatian, kesesakan di fasiliti KKM di bawah fasa perintis skim ini adalah bertambah baik.
“Berkuat kuasa 26 Februari 2024, skim ini diperhalusi dan perubahan utama ialah kawasan-kawasan pelaksanaan yang hanya akan tertumpu kepada 10 daerah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sebelum ini beberapa klinik swasta yang pernah menyertai Skim Perubatan Madani memuat naik notis penghentian skim berkenaan menerusi media sosial masing-masing.
Penamatan kemudahan untuk golongan berpendapatan rendah itu telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai.
Jelas ProtectHealth, langkah tersebut penting untuk keberkesanan pelaksanaan skim berkenaan mencapai objektif utama dengan memfokuskan sumber pada kawasan dan penerima tertentu.
“Klinik swasta yang aktif di 10 daerah yang ditetapkan, boleh terus menyediakan perkhidmatan skim ini dan pesakit boleh menggunakan kemudahan ini sehingga peruntukan skim digunakan sepenuhnya.
“ProtectHealth komited untuk meningkatkan akses dan kualiti penjagaan kesihatan bagi mereka yang memerlukan dan komited untuk mengekalkan kerjasama dengan Pengamal Perubatan Swasta (GP) dalam semua Perkongsian Awam dan Swasta (PPP) di masa hadapan,” ujar syarikat itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Skim Perubatan Madani
#ProtectHealth
#tamat perkhidmatan
#senarai daerah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan