Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat perkhidmatan telekomunikasi sedang mengkaji kemungkinan memberi rebat kepada pelanggan yang mengalami masalah talian terputus.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata perkara itu akan diteliti bagi panggilan terputus yang berpunca dari masalah rangkaian.
"Sekiranya, ia disebabkan oleh rangkaian, ia (rebat) boleh dipertimbangkan," kata beliau semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat Rabu.
Katanya, pembinaan 1,000 menara telekomunikasi baharu untuk memperluas kawasan liputan juga dijangka dapat menggurangkan masalah talian terputus pada masa akan datang.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan telah memperuntuk RM20 juta untuk melaksanakan langkah penambahbaikan siaran Bernama TV.
Langkah penambahbaikan yang akan bermula tahun depan itu akan melibatkan kerja menaik taraf sistem Studio 1 dan 2, pembinaan konti kedua serta penambahbaikan sistem editorial syarikat TV itu.
"Dengan terlaksananya langkah penambahbaikan ini, diharapkan Bernama TV dapat membuat laporan berita peristiwa penting dengan lebih pantas pada masa akan datang," katanya.
Katanya, Bernama TV sebenarnya diuruskan oleh sebuah syarikat dan bukan dipunyai kerajaan.
"Kerajaan hanya bantu secara 'goodwill' dalam pelbagai bentuk demi kepentingan petugasnya," kata beliau.
Menyentuh isu ketidaktepatan satu laporan Bernama berkaitan sekolah vernakular minggu lepas, Jailani menjelaskan satu pembetulan telah dikeluarkan oleh Bernama sehari selepas berita itu dikeluarkan, iaitu pada 14 Nov, berikutan teguran.
"Wartawan yang buat laporan (tersebut) telah mengaku silap dan siasatan dalaman sedang dijalankan dan tindakan akan diambil terhadap wartawan tersebut," katanya bagi menjawab soalan yang dibangkitkan Teo Kok Seong (DAP-Rasah) semasa sesi pembahasan semalam.
Sementara itu, ketika menemui wartawan di Lobi Parlimen, Jailani berkata kementerian akan mempertimbang untuk mewujudkan saluran khas Parlimen di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Katanya, langkah itu dapat memberi laluan lebih besar kepada rancangan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
"Sekarang pun kita telah memberi slot selama sejam setengah kepada persidangan Parlimen dan boleh juga ditonton melalui online tv," katanya.
Katanya penyiaran persidangan Parlimen yang disiarkan melalui RTM adalah sebagai memberi peluang kepada orang ramai untuk mengikuti proses persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara secara langsung.
Bernama
Thu Nov 20 2014
JAILANI: Sekiranya, ia disebabkan oleh rangkaian, ia (rebat) boleh dipertimbangkan. - Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari - Gambar Fail
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM
Akses Internet yang lebih baik akan membuka lebih banyak ruang untuk perkembangan diri dan peningkatan motivasi anggota tentera.
CelcomDigi timbang beberapa pilihan selepas tidak terpilih untuk Rangkaian 5G Kedua
Mereka percaya telah mempersembahkan cadangan teknikal dan komersial yang terbaik untuk pembangunan rangkaian 5G kedua.
Larangan terhadap kandungan pautan, maklumat peribadi, nombor telefon melalui SMS dikuatkuasakan - SKMM
Kandungan yang terlarang meliputi pautan, permintaan maklumat peribadi dan juga nombor telefon untuk dihubungi.
Jakim lapor MCMC hantaran TikTok papar bacaan Qunut Nazilah doakan musibah ke atas PM
Jakim akan membuat laporan kepada MCMC berhubung hantaran di TikTok yang menyertakan bacaan Qunut Nazilah sambil mengajak orang ramai mendoakan musibah ke atas Perdana Menteri.
Undang-undang terperinci diperlukan bendung buli siber - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan undang-undang yang lebih terperinci untuk membendung masalah buli siber secara berkesan.
Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar
Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah menerima sebanyak 37,002 panggilan mangsa scam (penipuan) dengan jumlah kerugian yang dilaporkan sebanyak RM203.33 juta setakat Mei 2024.
CMCF sahut saranan tangani penyalahgunaan AI dengan pengawalseliaan
Ia selari dengan misi CMCF untuk menyokong pengawalseliaan kendiri kandungan dalam ruang digital Malaysia seperti yang digariskan dalam Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia 2022.
Pengawal selia tempa haluan untuk inovasi yang mampan dan selamat pada IRC 2024
Menghimpun pengawal selia serantau dan pemimpin industri dalam membincangkan usaha mengimbangi dasar dan amalan bagi mendepani cabaran dalam industri komunikasi dan multimedia.
SKMM sita telefon bimbit milik Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo
Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.
SKMM rakam percakapan Che'gubard, Salim, Papagomo esok
SKMM mengesahkan memanggil pempengaruh media sosial Chegubard, Salim Iskandar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan pada Rabu.