Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) positif bahawa Bajet 2015 memberi kesinambungan kepada usaha berterusan negara dalam merancakkan industri komunikasi dan multimedia ke arah mencapai tahap negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Pengerusinya, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, bajet kali ini memberi lebih fokus kepada peningkatan kandungan digital kreatif dan jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam usaha menjana pembangunan ekonomi maya.
"Usaha ini penting dalam melonjakkan kandungan digital tempatan ke persada antarabangsa.
"Ia juga selari dengan inisiatif kita baru-baru ini yang dilihat dalam penganjuran ekspo dan persidangan KL Converge (www.klconverge.com) yang memaparkan potensi industri kreatif tempatan dan serantau dengan mewujudkan suatu platform penyatuan idea-idea dan pengagihan kandungan digital," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jelasnya, KL Converge merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia hasil cetusan bekas menterinya, Tan Sri Dr Rais Yatim.
"Ia diilhamkan Rais dan kini dilangsungkan Menteri Komunikasi dan Multimedia kini, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek," ujarnya.
Lanjutan daripada peruntukan RM200 juta kepada MyCreative Ventures pada tahun 2012, Bajet 2015 kata Mohamed Sharil, meneruskan inisiatif merancakkan industri kreatif melalui Dana Industri Kandungan Digital dengan peruntukan sebanyak RM100 Juta di bawah SKMM.
"Kandungan digital merangkumi industri kreatif seperti animasi, perfileman, seni reka, warisan budaya serta kandungan dalam talian termasuk portal internet dan aplikasi mudah alih.
"Kami juga berterima kasih kepada kerajaan atas usaha meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi untuk terus merapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat negara ini serta memacu budaya gaya hidup digital," jelasnya.
Dalam pada itu katanya, lanjutan daripada Bajet 2014, Bajet 2015 terus memberi komitmen kepada peruntukan sebanyak RM2.7 bilion bagi tempoh tiga tahun untuk membangunkan jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan ekonomi berimpak tinggi.
Ia dilihat memberi kesan positif yang meliputi ibu negeri dan bandar-bandar terpilih di seluruh negara.
Jelasnya, ia melibatkan pembinaan 1,000 menara pencawang telekomunikasi baharu dan pemasangan kabel dasar laut bagi meningkatkan capaian internet di Sabah dan Sarawak.
Astro Awani
Sat Oct 11 2014
Reax BAJET 2015: SKMM positif terhadap peningkatan kandungan digital kreatif - Gambar fail
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
MONSTA lancar promosi BoBoiBoy Galaxy WINDARA
Rangkaiannya akan berfungsi sebagai platform utama untuk mempromosi dan menyiarkan BoBoiBoy Galaxy WINDARA.
Industri kreatif digital Malaysia rekod eksport berjumlah RM1 bilion pada 2022 - Gobind Singh
Gobind berkata, negara memiliki lebih 300 studio yang terlibat dalam animasi, permainan, filem dan pelbagai aspek teknologi kreatif.
Nas-T terpilih terajui Keluang Man
Nas-T dipilih daripada lebih 300 calon atas faktor kemampuannya menterjemah penjiwaan seperti yang dikehendaki watak berkenaan.
Ini 4 sebab kenapa anda perlu tonton filem The Little Mermaid
The Little Mermaid. Sebuah kisah dongeng yang mengangkat kecintaan si duyung bernama Ariel terhadap kehidupan manusia di darat.
Kerajaan teliti cadangan wajib tayang untuk animasi tempatan di saluran televisyen
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia meneliti keperluan untuk menetapkan kuota khas wajib tayang untuk syarikat televisyen tempatan menyiarkan animasi tempatan di saluran masing-masing.
Didi & Friends The Movie papar kualiti lebih menarik, hiburan seisi keluarga
Berbeza dengan siri televisyen, Didi & Friends The Movie memperlihatkan kualiti produksi dan jalan cerita yang lebih menarik.
'Mechamato' bakal ditayang 8 Disember ini
Penggemar siri animasi 'BoBoiBoy' tidak akan mahu terlepas aksi siri dan filem animasi 'Mechamato' ciptaan syarikat MONSTA yang akan ditayangkan tahun ini.
Selepas lebih 20 tahun, Borhan si Keluang Man bakal kembali
Selepas lebih dua dekad, siri animasi legenda Malaysia yang menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat tempatan bakal diangkat ke layar perak.
Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.
Industri kreatif tempatan raih RM42 juta dalam jualan, peluang komersial - MDEC
MDEC bimbing sembilan syarikat kreatif melalui keputusan penting dan pencetus perjanjian perniagaan untuk membina rangkaian dan memacu perniagaan.