TAWAU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merancang mewujudkan 177 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) baharu iaitu di kawasan Dewan Undangan Negeri yang masih belum mempunyai pusat berkenaan.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Datuk Seri Mohammad Mentek berkata setakat ini terdapat 911 PEDi di seluruh Malaysia, yang menjadi pusat yang dapat membantu memberi lonjakan baharu kepada ekonomi rakyat.
"Menjadi hasrat kementerian terutama Menteri (Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa) mewujudkan PEDi ini, untuk membolehkan semua masyarakat mendapat faedah dari kemudahan yang disediakan di pusat berkenaan.
"PEDi ini untuk melatih usahawan kecil dan sederhana, rakyat hanya perlu membayar RM5 sekali seumur hidup, kita juga meletakkan tenaga pengajar dari pelbagai agensi di bawah K-KOMM sebagai bantuan khidmat nasihat," katanya kepada pemberita di sini selepas melawat PEDi di Taman Sri Titingan di sini hari ini.
Mohammad hari ini memulakan lawatan kerja rasmi ke Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Kunak sehingga 3 Okt ini.
Dalam pada itu, Mohammad menggesa supaya masyarakat memanfaatkan PEDi yang ada di kawasan masing-masing, untuk belajar dan meningkatkan sumber pendapatan keluarga.
"Di PEDi mereka boleh pelajari tentang teknologi maklumat dan komunikasi, cara guna komputer, guna media sosial seperti Twitter, Instagram, termasuk (belajar) strategi pemasaran produk secara dalam talian.
"Terbukti ada usahawan yang memanfaatkan PEDi ini dan memulakan perniagaan di platform e-dagang, berjaya menghasilkan pendapatan berganda dan tinggi," katanya lagi.
Sementara itu, beliau berharap Unit Perancang Ekonomi (EPU) mempertimbangkan permohonan K-KOMM bagi cadangan menaik taraf bangunan, termasuk meningkatkan keselamatan bangunan serta pembinaan bangunan baharu, melibatkan agensi di bawah kementerian.
"Kita telah kemuka kepada EPU, ini untuk bukan sahaja pejabat termasuk kuarters, contoh kuarters di RTM Tawau yang agak daif, kita harap permohonan dapat dipertimbangkan, sebaiknya untuk tahun hadapan selain cadangan membina bangunan RTM di Pulau Pinang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022
Datuk Seri Mohammad Mentek berkata setakat ini terdapat 911 PEDi di seluruh Malaysia, yang menjadi pusat yang dapat membantu memberi lonjakan baharu kepada ekonomi rakyat. - Foto Facebook K-KOMM
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM
Akses Internet yang lebih baik akan membuka lebih banyak ruang untuk perkembangan diri dan peningkatan motivasi anggota tentera.
CelcomDigi timbang beberapa pilihan selepas tidak terpilih untuk Rangkaian 5G Kedua
Mereka percaya telah mempersembahkan cadangan teknikal dan komersial yang terbaik untuk pembangunan rangkaian 5G kedua.
Larangan terhadap kandungan pautan, maklumat peribadi, nombor telefon melalui SMS dikuatkuasakan - SKMM
Kandungan yang terlarang meliputi pautan, permintaan maklumat peribadi dan juga nombor telefon untuk dihubungi.
Jakim lapor MCMC hantaran TikTok papar bacaan Qunut Nazilah doakan musibah ke atas PM
Jakim akan membuat laporan kepada MCMC berhubung hantaran di TikTok yang menyertakan bacaan Qunut Nazilah sambil mengajak orang ramai mendoakan musibah ke atas Perdana Menteri.
Undang-undang terperinci diperlukan bendung buli siber - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan undang-undang yang lebih terperinci untuk membendung masalah buli siber secara berkesan.
Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar
Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah menerima sebanyak 37,002 panggilan mangsa scam (penipuan) dengan jumlah kerugian yang dilaporkan sebanyak RM203.33 juta setakat Mei 2024.
CMCF sahut saranan tangani penyalahgunaan AI dengan pengawalseliaan
Ia selari dengan misi CMCF untuk menyokong pengawalseliaan kendiri kandungan dalam ruang digital Malaysia seperti yang digariskan dalam Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia 2022.
Pengawal selia tempa haluan untuk inovasi yang mampan dan selamat pada IRC 2024
Menghimpun pengawal selia serantau dan pemimpin industri dalam membincangkan usaha mengimbangi dasar dan amalan bagi mendepani cabaran dalam industri komunikasi dan multimedia.
SKMM sita telefon bimbit milik Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo
Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.
SKMM rakam percakapan Che'gubard, Salim, Papagomo esok
SKMM mengesahkan memanggil pempengaruh media sosial Chegubard, Salim Iskandar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan pada Rabu.