PUTRAJAYA: Skop Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (MED4IR) akan dikembang luaskan untuk memastikan Malaysia berkeupayaan menyediakan dasar dan aspek pelaksanaannya yang mantap agar ekonomi digital dapat dinikmati semua.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perkara itu dipersetujui mesyuarat Jemaah Menteri hari ini memandangkan skop dan fungsi MED4IR sebelum ini agak terbatas.
"Jadi, kita (Kabinet) telah putuskan bahawa kita akan kembangkan skop (MED4IR) bukan hanya untuk meneliti aspek dasar dan polisi, tetapi berusaha untuk menyelesaikan perkara yang praktikal dan masalah yang ditimbulkan pihak industri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perhimpunan bulanan dan berbuka puasa Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Menterinya Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha KKD Datuk Seri Mohammad Mentek dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin.
MED4IR akan dipengerusikan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, manakala Fahmi adalah seorang daripada anggota majlis berkenaan.
Fahmi berkata mengembangkan skop MED4IR akan menjadikan ia lebih efektif memandangkan majlis itu mengumpulkan sejumlah menteri dan melibatkan pelbagai kementerian.
"MED4IR mampu menyediakan satu ruang untuk kementerian yang terlibat dalam ekonomi digital untuk menyelesaikan sesuatu isu itu secara bersama," katanya.
Fahmi berkata landskap ekonomi digital hari ini berkembang pesat dan memerlukan strategi baharu untuk kekal relevan dalam meningkatkan pemulihan ekonomi negara, justeru fungsi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan dipertingkat termasuk menerusi beberapa program seperti Jelajah Saya Digital.
"Ini bagi memastikan kita berjaya melaksanakan rangkaian telekomunikasi dan Internet yang lebih baik melalui program seperti Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) dan 'Point of Presence' (PoP). Rakyat Malaysia juga akan lebih celik digital supaya tidak menjadi mangsa scam, faham manfaat, memaksimumkan peluang meraih pendapatan yang lebih tinggi, di samping menjamin keselamatan mereka dalam menggunakan ekonomi digital," katanya.
Menurutnya KKD juga akan mengusahakan 186 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) baharu tahun ini serta memastikan sekurang-kurangnya satu PEDi di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) menjelang akhir tahun atau awal tahun hadapan supaya proses melibatkan setiap rakyat dalam ekonomi digital berjalan lancar.
Sementara itu, majlis berbuka puasa tersebut turut meraikan 90 anak yatim dari Pusat Jagaan Mesra Assalam, Yayasan Noor Manzil dan Rumah Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023
Fahmi berkata perkara itu dipersetujui mesyuarat Jemaah Menteri hari ini memandangkan skop dan fungsi MED4IR sebelum ini agak terbatas. - Gambar fail/ Bernama
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
RUU MCMC ditangguhkan, dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024 ditangguhkan bagi memberi ruang kepada semua pihak berkaitan untuk memperhalusi dan meneliti perkara tersebut.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
MCMC siap siaga tangani masalah telekomunikasi akibat gelombang kedua banjir - Fahmi
MCMC kini bersiap siaga menangani sebarang isu liputan telekomunikasi di kawasan terjejas menjelang gelombang kedua banjir yang diramalkan bermula hari ini.
Pindaan RUU 588: Jamin tindakan proaktif platform media sosial tangani pelanggaran undang-undang - Fahmi
Pindaan membolehkan pihak berkuasa mengeluarkan notis kepada platform berkenaan agar mengambil tindakan.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
Banjir: 267 stesen pemancar telekomunikasi terjejas kembali beroperasi - Fahmi
Sebanyak 267 stesen pemancar telekomunikasi yang terjejas akibat banjir, telah kembali pulih dan beroperasi setakat 9 pagi tadi.
Tindakan Anwar berang di luar karakter, PM sekali lagi mohon maaf - Fahmi
Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memohon maaf kepada Jemaah Menteri susulan tindakannya melepaskan kemarahan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Parlimen minggu depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada minggu depan.
PM Anwar arah DNB bentang pelan perniagaan pada minggu depan - Fahmi
Digital Nasional Bhd (DNB) perlu kemuka pelan perniagaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) selewatnya minggu depan.